>Pemeriksaan Kesihatan

>DSC07960

1. Jumaat lepas, pergi ke pusat perubatan bandar Fujisawa dengan tujuan pemeriksaan kesihatan.

2. Pemeriksaan kesihatan ini ditawarkan oleh pihak bandaraya kepada semua residen berumur diatas 35 tahun. Memandangkan HE sudah mencapai umur itu, maka tawaran pemeriksaan HE perolehi dengan pengurangan bayaran dari 13,000 (RM920)yen kepada 2000 (RM80) yen sahaja.

3. Temujanji HE jam 10 pagi.  Ada lebih kurang 10 orang semasa sesi HE. Tepat jam 10, kami diberikan penerangan, apa yang bakal berlaku. Sebelum itu, semasa surat panggilan, sudah diberikan kupon diskaun pemeriksaan dan juga bekas/tabung menyimpan sample najis. Maka selepas sesi penerangan itu, kami memberikan sampel najis masing-masing yang bakal dianalisis.

4. Kami diminta menyalin pakaian kepada pakaian seperti jubah pesakit. Semuanya disedikan di bilik persalinan yang menyediakan locker, sandal dan jubah. Selepas itu kami menunggu giliran untuk seksyen-seksyen tertentu.

5. Perjalanan menyelesaikan semua pemeriksaan mengambil masa kira-kira sejam.

6. Semasa pemeriksaan untuk mengambil darah, jururawat tersilap mencucuk urat dan akibatnya darah tidak keluar. Akibatnya lengan sebalah lagi terpaksa di cucuk. Jururawat itu berkali-kali memohon maaf kepada HE. Begitu resmi pekerja mereka. Khuatir dengan saman yang bakal mereka terima, memohon maaf dengan bagai nak rak menjadi kebiasaan. Di sini, pengguna sangat berkuasa. Jika ada ruang untuk menyaman, pasti mereka lakukan.

7. Selesai sudah pemeriksaan kesihatan HE dan mereka memberitahu, keputusan akan ditrima dalam masa dua minggu. Jadi HE tunggu.

Tinggi: 166 cm. Aikkk..semakin rendah..dulu ukur 168 cm.

Berat: 65.5kg

Peratusan lemak: 20%

BMI: 23

Tekanan darah: 146/85, ada sedikit tinggi. kata jururawat, jaga pemakanan,  jangan merokok dan jangan minum minuman keras. Pastikan bersenam.😛

One thought on “>Pemeriksaan Kesihatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s