Osaka – Hari 1

Osakajo, originally uploaded by hairieusoff.

1. Pasca Mid term Presentation, HE pergi ke wilayah selatan Jepun. lebih tepat, wilayah Kinki yang merangkumi beberapa buah negeri seperti Osaka, Kyoto, Nara.

2. Pengembaraan ke Kinki hanya berkesemapatan untuk ke Osaka dan Kyoto sahaja. Maklum sahaja, kos akan meningkat jika meneroka lei banyak tempat.

3. Kami menaiki bas malam dan sampai e Osaka jam 6 pagi. Dari Shinjuku di Tokyo pada jam 10. Ini percubaan pertama kami dan nampak gayanya ia bukan pengangkutan yang ideal untuk membawa anak kecil. Pun begitu pengalaman menaikinya adalah sesuatu yang berharga.

4. Sesampainya kami di Osaka, khususnya Stesen Osaka, seawal jam 6 pagi menyaksikan kedai masih belm buka. Adia pula sudah bertanya untuk makan pagi. Selesai membersihkan diri, kami akhirnya makan pagi setelah beberapa kedai dibuka dan manusia sudah mula ramai.

5. Destinasi pertama kami ilah Istana Osaka yang juga merupakan tapak warisan dunia. Istana ini sebenarnya sudah dibina semula selepas dibom sekitar tahun 1945.

6. Uniknya istana ini adalah ruang perparitannya yang besar dan banyak. Ia merupakan strategi keselamatan pada ketika itu bagi mempertahankan Menara utama istana ini.

7. Mengunjungi Istana Osaka ini dari stesen keretapi terdekat masih jauh. Ia mengambil masa sekitar 20 minit ke Menara Utama. Di bangunan Utama menempatkan muzium yang merupakan pameran berkaitan struktur dan sejarah kawasan istana itu.

8. Destinasi kedua kami pada hari pertama ialah Akuarium Osaka.

9. Tiada apa yang menarik berbanding dengan Akuarium di Enoshima (berdekatan dengan rumah kami). Memandangkan untuk hiburan anak, kami ke sana juga.

10. Selepas ke akuarium, perjalanan kami ke sekitar selatan Osaka. Kawasan bernama Namba itu merupakan daerah membeli-belah terkemuka di osaka. Gedung fesyen dan peralatan elektrok merupakan tarikan utama.

11. Tiada apa yang kami beli kecuali, melihat lampu-lampu neon dan manusia. Sejurus itu kami kembali ke stesyen Osaka untuk mengambil beg pakaian yang disimpan di dalam tempat penyimpanan barang (di sini mereka memanggil koinloka, dari kata bahasa inggeris coin locker).

12. Dari stesen Osaka kami menaiki keretapi ke stesyen Shin Osaka untuk daftar masuk ke Hostel yang telah ditempah.

13. Merehatkan kaki adalah perkara utama. Kami masing-masing merendamkan kaki di dalam air panas kerana brjalan terlalu banyak dan lengung di dalam bas masih terasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s