>Microsof Research Kanto 2009

>

Microsof Research Kanto 2009, originally uploaded by hairieusoff.

1. Berkesempatan untuk menghadiri Persidangan Microsoft research yang julung kali diadakan di Jepun. Tuan rumah kali ini ialah Universiti keio dan Universiti Kyoto.

2. Sesi banyak berkisar tentang tema kali ini iaitu “Cloud Computing” (di dalam bahasa Melayu HE tidak tahu. Adakah Pengkomputeran Awan?- HE minta orang DBP segera mengeluarkan istilahnya. Mereka patut peka dengan teknologi baru dan memberi istilah dengan segera).

3. Cloud Computing pada dasarnya sebuah teknologi internet yang dioptimumkan penggunaannya dimana pengguna dengan tanpa sedar telah melakukan aktiviti-aktiviti pengkomputeran. Pengguna melalui infrastrukturnya atau aplikasinya telah berkerjasama dalam mengendalikan perkongsian tugas dengan yang lain.

4. Semasa sesi Soal-Jawab, sesuatu persoalan yang menarik telah di kemukakan oleh seorang pelajar. Katanya bagaimana pelajar Jepun mahu menjadi pelopor atau menguasai ruang-ruang dalam bidang penyelidikan.? Negara yang maju seperti Jepun masih bertanya sebegitu, apakah pula kita yang baru mendaki.

5. Namun begitu ia bukan halangan bagi kita dan jawaba seorang Profesor ini kepada persoalan tadi mungkin boleh kita renung-renungkan.

6. Seorang Profesor menjawab, untuk meneroka bidang penyelidikan, katanya memerlukan 3 “C”.

7. “Compete” – Bersaing, Penyelidik perlu bersaing dengan dirinya dan dunia luar dalam ideanya. Dan bagi menyokong persaingan itu ia perlukan sebuah lagi “C” iaitu:

8. “Communicate” – Komunikasi, Penyelidikn perlu bijak berkomunikasi iaitu mampu menterjemah atau menyatakan idea penyelidikannya dalam usaha bersaing. Dan apabila ia mampu dilakukan, maka lakukan “C” yang ketiga iaitu:

9. “Collaborate”- Kolaborasi, setelah berjaya dalam persaingan, perlulah kita bersedia untuk berkongsi pandangan dan untuk itu adalah perlu bagi penyelidik untuk bergabung tenaga dengan bidang atau insan di luar kelompoknya kerana diluar sana begitu ramai manusia yang istimewa untuk didekati dan sama-sama berkerja bagi mencapai matlamat tertentu.

One thought on “>Microsof Research Kanto 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s