>Mengekori.

>

Following The Leader, originally uploaded by Beeeeezzz.

1. All these boundaries – Africa, Asia, Malaysia, America – are set by men. But you don’t have to look at boundaries when you are looking at a man – at the character of a man. The question is: What do you stand for? Are you a follower, or are you a leader? Hakeem Olajuwon (pemain bola keranjang yang diantaranya HE dan rakan-rakan mengkaguminya semasa di sekolah menengah)

2. Itu sebuah kata-kata yang HE kenali suatu ketika dahulu. Sebuah kata-kata yang menilai diri sendiri mahupun sebuah kata-kata yang mampu menilai orang lain.

3. Soal ini sebenarnya berkaitan dengan pendirian. Adakah kita menjadi seorang “Pak Turut” semata-mata atau “Pak Lurut” yang merasai dan mengerti apa yang dilakukan.

3. Soal pendirian selalunya berkait rapat dengan terma pemimpin dan pengikut. Tidak kira pemimpin itu dalam konteks politik, agama, sosial dan keluarga. Adakah sentiasa yang ditugaskan mengepalai sesuatu organisasi itu bergelar pemimpin? atau adakah yang tidak dilantik menjadi pengepala organisasi itu selamanya bergelak pengikut?

4. Dalam masyarakat, khususnya Melayu, ada satu budaya. Mungkin budaya ini berkait dengan amalan kita sebagai orang Islam. Iaitu mempercayai dan menerima pengucapan seorang manusia yang bergelar Ulama atau mufti atau Ustaz secara “menelan begitu sahaja”.

5. Benar, mereka ini bijak pandai dalam bidang mereka tetapi apakah mereka juga mengetahui selok belok atau ilmu lain di dunia ini? Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan.

Firman Allah yang bermaksud

“Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (al-Kahfi :109)

6. Jadi adakah berhak atau mereka itu mempunyai hak untuk menidakkah pandangan orang lain?

7. Kita sering mendengar Islam itu kehidupan. Islam itu merupakan kaedah kehidupan. Kaedah melaksanakan kehidupan kita. Addin, katanya. Tetapi Ilmu kehidupan itu sangat luas. Pelbagai ilmu di dalamnya dan adakah dengan menjadi dan memegang gelaran tertentu, orang lain tidak mampu atau dihalang terus daripada memberi pandangan. Adakah atas tiket bergelar Ulama, Mufti dan Ustaz itu seluruh pandangan harus diterima bulat-bulat? Tiadakah jalan perbincangan? Bukanah itu jalan dituntut oleh agama Islam.

8. Hari ini, terbaca tentang penahanan Dr Asri, bekas mufti Perlis kerana dikatakan mencerca ulama dalam memorandum persatuan peguam-peguam Syarie. HE kira, Dr. Asri merupakan orang yang agak terbuka dan atas keterbukaan itulah budaya kita yang HE katakan tadi, menjadi ketakutan buat kita. Ketakutan untuk menegur, berselisih pandangan, berhujah atau berbincang dengan manusia bernama Ulama, Mufti dan Ustaz.

9. HE bukan pandai tentang agama tetapi kadang-kala beberapa tindakan budaya kita itu menampakkan cerminan buruk pada orang bukan agama kita dan akhirnya mereka menolak agama kita.

10. Di dalam sebuah negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam seperti Jepun, nilai-nilai agama yang tampak santai amat menarik perhatian. Ekstrimis sudah tentu akan ditolak. Tambahan pula ada unsur-unsur yang memenangi sekumpulan manusia.

11. Di sini, kehidupan bertujuan untuk mencari yang terbaik. Bagi tujuan itu, setiap pakar akan duduk semeja. Setiap pandangan diberian dan dihujah bersama untuk mendapatkan penyelesaian. Ia bukan sebuah penyelesaian yang yang menerima kata-kata dari sesebuah kelompok atau individu.

12. Di sini, kitab-kitab atau teks-teks lama dikaji semula kerana pada mereka, pandangan dulu atau catatan dulu mungkin ada kebenaran atau mungkin terpakai mengikut kehendak individu dan waktu itu. Kita, budaya kita tidak begitu. Apa juga pandangan ulama ditelan begitu sahaja. Kita wajib menerima suruhan Allah dan RasulNya tetapi kita juga diharuskan mengkaji setiap perbuatan dan pandangan dari tafsiran manusia untuk kebaikan kehidupan kita.

13. Kita bukan robot yang menuruti program tetapi kita dijadikan Allah untuk menguruskan diri, pendirian dan perjalanan kita untuk sesuatu yang lebih baik. Kita boleh mempelajari sejarah untuk masa depan kita tetapi bukan mengulangi sejarah.

14. Kita tidak mungkin mengulangi perjalanan seperti Rasulullah yang berkenderaan dengan Unta tetapi kita boleh mengambil cara dan neambahbaikkan cara baginda.

15. Jelasnya kita perlu menguasai kehidupan dengan berbincang dan memutuskan untuk kebaikan semua dan bukannya mengakui sebuah pandangan sahaja serta menutup sebarang perbincangan dan permesyuaratan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s