>Awa Dance at Shonandai Fantasia

1. Selepas Mid-term Presentation, cuacanya hujan. Cadangan keluar selepas itu, batal.

2. HE dan rakan serta keluarga keluar hari berikutnya, Ahad.

3. Kebetulan, pada hari yang sama ada ada Shonandai Fantasia (Shonandai, pekan terdekat dengan rumah HE). Cadangannya hendak memakan sushi, langsung terus menyaksikan perarakan yang kebanyakannya persembahan tarian.

4. Adia teruja menyaksikan brass band dan tarian-tarian tradisonal Jepun dan sesekali menggerakkan badan seperti penarinya. Pun begitu dia tergamam sebentar melihat wanita-wanita Samba yang “separuh telanjang” dalam cuaca sejuk. Terpegun melihat kemampuan mereka menahan sejuk agaknya. *)