>Selesai Mid Term Presentation

>Mid Term presentation

1. Hari ini HE melaksanakan sebahagian pra-syarat memperolehi Ijazah. Peresembahan Pertengahan Penggal (Mid Term Presentation).

2. Hampir beberapa minggu beriring dengan resah gelisah, kekeliruan dan rasa pening kerananya, hari ini sudah boleh melelapkan mata. Hampir setiap hari sejak dua minggu lepas, aku menukar slide presentation dan berulangkali membuat persembahan secara tidak formal dengan Prof dan Assoc. Prof. Maka benarlah kata Bonda ku, dan sesipa juga, bahawa “Bukan senang untuk senang”.

3. Pun begitu, masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan selepas ini.

4. Yang pasti, aku sangat berterima kasih kepada doa-doa dari insan tersayang, keluarga  dan kata-kata semagat rakan taulan.

5. Pastinya kurniaan Allah dalam membawakan aku rasa kelegan ini suatu anugerah tidak ternilai.

6. Tadi mendepani 20 orang Prof sungguh menggerunkan. Sebelum naik ke podium, selawat dan salam bertingkah di bibir agar hilang gentar. HE menanti giliran ke-3 sesi petang dan degup keras berbunyi. Alhamdulillah, persembahan berjalan lancar dengan masa sekitar 10 minit dan soalan sekitar 5 minit berakhir dengan kelegaan tahap agung.

Aku lega sekarang!!!

7. Ia mengingatkan HE bahawa seringkali kita berdoa mendekatkan diri kepadaNya, Dia pasti bersama kita dalam susah mahupun senang. Kepada Ibubapaku dan isteriku, terima kasih doa kalian.

10 thoughts on “>Selesai Mid Term Presentation

  1. >Sudah tidak ada kata-kata yang boleh dikatakanmelainkan kesyukuran ke hadrat ilahi…merasa lega bersama,dan sebelum ini merasakan segala keperitan dan kepayahanjuga bersama2…semoga dikabul serta dimakbulkanNYA apa-apa yang di doakan selama ini…..IsyaALLAH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s