>Menghormati yang di bawah!

>

Keio university #3, originally uploaded by nori*.

1. Siang tadi, menunaikan Jumat di Masjid Ebina.

2. Dalam perjalanan pulang, di gigi jalan, kelihatan pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memoting ranting pokok Ginko.

3. Mendepani musim luruh mungkin menyukarkan PBT kerana perlu memastikan jalanan dibersihkan selalu tanpa dedauan gugur. Tambahan pula jika daun itu dari pokok Ginko dan buah Ginko yang luruh akan menyebabkan bau kurang menyenangkan.

4. Jadi PBT lebih senang memotong ranting. Tadi semasa mendekati pokok-pokok Ginko, kelihatan setiap daripadanya di uruskan dua orang pekerja PBT. Seorang di atas dan seorang di bawah. Bila menhampiri, sama ada yang atas mahupun yang bawah akan memaklumkan jika ternampak orang akan melintasi pokok Ginko dan mereka akan menghentikan kerja agar ranting tidak jatuh.

5. Ibaratnya, bagai orang atasan menghormati orang yang di bawah. Andai ada budaya sedemikan di dalam kerja kita, alangkah indahnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s