>

papa adia mask, originally uploaded by hairieusoff.

1. Saat ini, masih belum reda H1N1. Di sini sudah mula kembali wabak H1N1 tetapi agak terkawal atau disimpan beritanya agar masyarakat tidak panik.

2. Vaksin H1N1 baru sahaja diumumkan keluar di sini. Pemberian vaksin bermula dengan petugas perubatan seperti doktor dan pegawai perubatan.

3. Kemudiannya kanak-kanak mungkin akan dapat suntikan vaksin ini sekitar Disember dan orang-orang tua (dewasa) seperti HE ini akan mula dapat suntikan vaksin dalam awal tahun depan.

4. HE mahu vaksin ini. Sekurang-kurannya pulang ke Malaysia nanti sudah ada “sedikit” pertahanan diri.

5. Saat ini, kemana juga dengan penutup mulut dan hidung (topeng). Adia mungkin mudah memakainya, tetapi si adik, Arisa memang tidak selesa. Dia seringkali membukaanya.

6. Maka, buat masa sekarang elok sahaja berhibernasi di rumah.