>Sang Melor

>DSC07452

Hari ini, hadirlah si Melor dengan derunya yang kencang. Kata orang di sini kehadiran ini adalah yang terhebat sejak 10 tahun lalu.

Selama beberapa hari sebelum ini, hujan musim luruh baru bermula, ditambahn dengan kehadiran taufan Melor ini, bertambah basah ruang hidup  di sini. Di sini mereka memanggilnya taufan Nombor 18.

Kehadirannya sudah dirasai jam 6 pagi lagi dan ia benar-benar kuat membadai tempat ku ini sekitar jam 7 .30 pagi. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Di tempat lain, pohon-pohon dan pokok-pokok tumbang berserta tanah runtuh. Di sini, syukur nikmat dan belas Allah, mengurniakan perlindungan tanpa kejadian tidak diingini.

Jam1 10.30 pagi, awan beransur hilang, angin masih menderu kuat. Pun begitu mentari sudah menampakkan wajahnya. Kembali ceria hari ini sejak beberapa hari berselubung rintik-rintik hujan.

Jam 2.00 petang hari benar-benar seperti sediakala. Cerah dengan langit tanpa awan. Biru sebirunya. Angin hanya sepoi-sepoi bahasa. Aku lantas membawa dua anak gadisku keluar menghirup udara pasca Si Melor yang telah segala unsur-unsur negatif. Kini hanya unsur-unsur positif yang ingin disedut udaranya. Moga semagat kami terus positif menantikan kepulangan ke tanah air beberapa bulan lagi.

2 thoughts on “>Sang Melor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s