>

Toyota iQ, originally uploaded by hairieusoff.

1. Berkesempatan menemukan sebuah kereta yang sangat kompak dan sangat mementingkan alam, Toyota iQ.

2. Kereta ini ialah sebuah kereta 3 pintu (dua pintu dan 1 pembuka ruang penyimpanan). Tempat duduk di belakangnya agak kecil dan memang sesuai untuk anak-anak kecil seperti HE. Mudah dibawa ke tempat berdekatan untuk urusan harian dengan membawa anak.

3. Sejak beberapa tahun lalu, Jepun telah memberikan komitmen terhadap pengurangan pembebasan karbon dikoksida yang berlebihan. Mereka mensasarkan pengurangan sebanyak 8 peratus. Tahun ini, apabila parti baru memerintah Jepun, mereka melaungkan menifesto dan mengerakkan usaha pengurangan sebanyak 25 peratus sehingga tahun 2020. Malah dalam ucapan sulung di Pertubuahan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Perdana Menteri Hatoyama, diringi tepukan semasa berucap tentang komitmen itu (pengurangan kepada 25 peratus). Cuma, kalangan pemerhati berpendapat, mampukan ia direalisasikan.

4. Di Jepun, sejak akhir ini, isu berkaitan Eko, atau alam sering ditanam di dalam benak setiap warganya. Maka kereta mereka mempunyai kategori kereta Eko (Eco Car), Malah barangan elektrik juga mempunyai mata ganjaran Eko juga. Setiap pembelian barangan elektrik tertentu khasnya barangan yang mesra alam, diberikan juga mata ganjaran Eko dan ia boleh digantikan dengan wang tunai.

5. Selain menambahkan kuasa beli pengguna, tujuan utama mereka ialah untuk menggerakkan ekonomi Jepun.

6. Berbalik tentang Toyota iQ, kereta ini, sebaiknya, ia juga mampu dipasarkan ke negra kita. Bukan sahaja lebih murah tetapi menjernihkan alam.

7. Jika tidak pun, Perodua boleh mengambil idea kereta sebegini untuk pasarannya.