>Aidilfitri 2009

>

Adilfitri 2009, originally uploaded by hairieusoff.

1. Tahun ini, HE beraya di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sama seperti tahun 2007.

2. Dengan tema merah jambu (pink), pagi aidilfitri kami berbaju Melayu dan Baju Kurung, bermaaf-maafan dan menjamah sedikit juadah Lebaran yang ringkas. Tidak terlalu beria-ia kerana bukannya ada orang hendak datang berkunjung. Cukup sekadar ada rasa dan suasana. Bersederhana tetapi tetapi anak-anak dapat menikmati suasananya.

3. Sejurus itu, ke kedutaan untuk Solat sunat Aidilfitri yang bermula jam 8.30 pagi. Di susuli khutbah dan ucapan wakil Duta. Pastinya, selepas itu ada sedikit jamuan yang merupakan hidangan kebiasaan Aidilfitri di Malaysia.

4. Sempat bertemu teman dan sahabat lama. Tetapi HE tidak dapat menziarah rumah orang-orang kedutaan kerana anak sudah mengamuk akibat bangun terlalu awal pagi. Tambahan pula cuaca hari itu agak panas.

5. HE segera pulang dan sesampainya di rumah, HE terus tidur dan merehatkan diri. Anak-anak sudah tidur di dalam perjalanan pulang lagi.

6. InsyaAllah, ini tahun terakhir beraya di sini. Tahun depan, di Malaysia. Sudah 3 kali beraya di perantauan, rindu sudah memagut hati.

4 thoughts on “>Aidilfitri 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s