>Dikehendaki hidup atau mati "Noriko Sakai"

>

WANTED "Noriko Sakai", originally uploaded by idua_japan.

Awal Ogos sehingga semalam berita seorang selebriti mengambil dadah lebih meluas liputannya daripada cerita kisah pilihanraya mahupun perlantikan baru Perdana Menteri Jepun, Hatoyama.

Noriko Sakai atau dipanggil “Noripi” merupakan idol remaja suatu ketika dahulu dengan imej baik dan bersih telah dituduh mengambil dan memiliki dadah.

Kisahnya bermula kerana suami Noipi ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis shabu. Suaminya enggan ditahan kerana di mempunyai kaitan dengan artis (Norpi). Menjadi cerita Noripi terlibat juga kerana mahu menyelamatkan suaminya.

Pun begitu polis menangkap juga suaminya dan mendapati ada pemilikan dadah pada rumah suaminya (mereka duduk berasingan). Noripi menghilangkan diri.

Kehilangan Noripi ini yang menjadi isu media. (Lihatlah peranan media) Kehilangan itu mendapat liputan meluas dan siasatan pencarinnya bukan sahaja polis yang dilakukan tetapi media menggunakan saluranya melapor dan mencari jawpan kehilangan Noripi. Tetapi kadang-kadang membuatkan kita jelak menontonnya. Tontonan yang sama.

Melihatkan kehilangan ini, laporan media seolah-olah menujukkan Noripi juga memiliki dadah. Pada pandangan HE, dia mungkin mahu mendamaikan diri. Mungkin dia baru mengetahui suaminya mempergunakannya. Mungkin juga dia mahu bersendirian mendapatkan konsultasi atau leih penting dia cuba meredakan keadaan.

Namun laporan media menjadikan insan bernama Noripi ini tampak jahat. Akhirnya rumah Noripi juga digeledah dan polis mendapati ada dadah Shabu juga kerana suaminya melaporkan Noripi juga ada mengambil dadah.

Sekitar pertengahan Ogos lalu, Noripi menyerahkan diri dan disoal siasat polis. Ada beberapa keanehan dalam kenyataan polis dan media, kelakar pun ada. “noripi memotong rambutnya maka DNA tidak dapat diperolehi dengan tepat”. Lawak sungguh. Kalau rambut panjang dipotong sehingga paras bahu, boleh hilangkah DNA.? Kadang kala statement orang Jepun ni pun pelik-pelik.

Semalam, Noripi dibebaskan selepas diikat jamin 5000000 Yen. Wartawan menanti dibalai polis sekitar jam 6 pagi lagi. Padahal Noripi akan keluar sekitar jam 4.30 petang dan press conference sekitar 6 petang. Press conference itu dibuat secara LIVE di TV dan perjalanan dari balai polis ke tempat press conference dilaporkan media melalui helikopter. Gilakan?

Sehari sebelum itu, suaminya dibebaskan. Dan hari yang sama perlantikan Perdana Menteri Jepun yang baru dengan ucapan pertama kali sebagai perdana Menteri. Ucapan PM, walaupun live tetapi hanya tempelan kecil pada skrin untuk rancangan perbincangan.

Keanehan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s