>Berkonsultasi dengan umum

>Menonton rancangan Jepun di TV tempoh hari membuatkan HE terfikir, adakah kita akan mampu berunding dan berunding perkara-perkara peribadi di TV? Sebuah rancangan Jepun menjemput beberapa pakar runding dan profesional ke studio dan dalam masa sama beberapa artis juga akan memberikan pandangan terhadap beberapa kes individu yang datang ke studio untuk membincangkan tentang soal hati perasaan, kasih dan perkahwinan.

Walaupun ditutup muka meraka di dalam sebuah kotak dan suara mereka dihidrogenkan bunyinya, adakah baik? Mungkin bagus.

Masyarakat Jepun, umumnya stress kerana mereka ini jenis yang kurang mendedahkan kelemahan diri. Mereka lebih banyak menyimpan. Walaupun seorang isteri mengetahui sang suami berdating dengan 28 orang wanita, dia hanya mampu diam kerana jika mengadu pun, dia akan dipersalahkan. Mereka akan dicop sebagai tidak sabar. Tidak ganbaru. Ia menjadi satu kelemahan pada diri. Mungkin!.

Akhirnya rancangan seperti di TV menyediakan ruang untuk berbincang masalah peribadi. Mungkin TV boleh menjadi medium dan menydiakan ruang mendapatkan pendapat tetapi yang memutuskannya tetap kita.

Ada satu kes, seorang isteri pula begitu menginginkan membuat date dengan lelaki yang diminatinya. padahal wanita itu adalah isteri orang. Seorang tetamu lelaki ditanya tentang hal itu, dan berkata, sesungguhnya jika isterinya, dia tidak memberikan izin untuk isterinya pergi date dengan orang lain. Jika di malaysia, kita mungkin kata, isteri perlu patuh pada suami.

Sang pengacara bertanya lagi, tetapi perasaan itu akan terus kekal dalam sanubari si isteri, jadi bagaimana, kamu mahu menerima isteri tetapi di dalam hatinya ada juga insan lain selain dari kamu?

Apa pandangan anda?

2 thoughts on “>Berkonsultasi dengan umum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s