>Merompak Merampok Memaling dan Mengklaim

>Membaca tajuknya kalian sudah tahu isu apa bukan?. Asalnya, tiada niat untuk menulis tentang ini kerana ramai teman HE di sini adalah dari Indonesia tetapi ia semakin membuatkan HE terpanggil hanya herana sibuluh runcing. Jelasnya tindakan Menyapu Orang Malaysia itu adalah niat sekelompok kecil warga Indoesia dan kita percaya di dalam susu yang sebelanga itu, tidak semua menjadi biru akibat nila yang jatuh setitik.

Kita perlu juga menghormati sebahagian yang lain mungkin tidak bersetuju dengan tindakan itu. Pun begitu bagi mereka yang berniat untuk melakukan kerja yang itu (menyapu orang Malaysia), pastinya HE tidak bersetuju kerana, adilkah atau berbaloikah tindakan kalian itu? Apakah tujuan buluh runcing itu? Membunuh orang Malaysia di Indonesia? Apakah tidakan membunuh itu berbaloi atau dapatkah untung dengan tindakan itu?  Tidakkah kalian terfikir akan hak mereka untuk hidup dengan aman? Jika tidak terfikir sekali pun, fikirlah andainya perkara yang sama dilakukan orang Malaysia terhadap saudara mara atau adik atau ibu anda yang menjadi TKI di Malaysia. Kalian duduk dan bermuhasabah diri dahulu dan gunakan jalan bermusyawarah. Fikirkan solusi akibat permasalahan dan bukannya menerbitkan lagi permasalahan.

Isu asalnya memuncak kerana tari yang katanya diciplak. Pada fikiran cetek HE, sebenarnya, baik dari HE atau keluarga HE atau hampir kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu nama tarian itu. Kita tidak pernah terdedah dengan tari itu (biarpun ada orang mengetahuinya tarian bali tetapi kita tidak tahu namanya). Jadi masakan kita mahu merampok, merompak, mencopet, mengklaim dan memaling. Kes ini mungkin kemuncak kemarahan kerana sebelum ini, pembakaran perasaan kerana tuduhan Malaysia memaling atau mengklaim atau menciplak budaya mereka berterusan dipaparkan media setelah ada individu diperingkat politikus menguar-uarkannya. Maka itu terus berduri dan berdarah dalam setiap sanubari yang mendengar dan melihat jika diulang siar.

Jadi seharusnya kita bertanya dengan orang yang membuat tuduhan itu dengan sokongan bukti dan fakta jelas tentang tuduhannya itu. jika media juga berperanan mengemukaan tuduhan, kita juga harus bertanya fakta yang mereka sokong terhadap tuduhan itu.

Menelusuri maksud budaya itu sebenarnya sangat ringkas. ia merupakan kepercayaan cara hidup yang diamalkan berdasarkan pengalaman sesuatu masyarakat. Dan yang jelas ia bukan tertaklut pada sesuatu negara. Ia boleh jadi individu mahupun kelompok. Kata budaya itu berdiri dari kata Budi dan Daya. Yang mana Budi itu mencerminkan sifat dan atribut sesebuah elemen secara halus nilainya, abstrak rupanya dan dalam hal budaya itu, manusia itu dengan sifat-sifatnya memberikan keunikan terhadapnya Manakala Daya pula ialah sesuatu yang menggerakkan budi, menggerakkan sifat yang dipegang oleh sesuatu.

Namun HE percaya dalam kita berbicara soal budaya, kita tidak boleh mengkaitkannya dengan negara atau hak milik sesuatu negara. Ini kerana budaya itu sesuatu yang progresif sifatnya dan dia mampu diasimilasikan. Apabila dunia ini, manusia berhijrah dan berlayar mencari kehidupan baru, mereka membawa budaya dan tradisi hidup ke tempat baru. Namun masyarakat setempat mengasimilasikannya.  Generasi yang meneruskan perkembangan budaya itu juga perlu dihormati hak budayanya. Di dalam budaya itu tiada kata hak milik kerana ia lebih menjurus kepada perkongsian dalam sebuah rantau. Akibat kolonisasi dan penjajahan, rantau yang tanpa sempadan itu telah dipecahkan dengan nama sesebuah negara. Padahal suatu ketika dahulu, antara negara itu bebas bermigrasi dan didatangi. Dan mereka ini menjayakan budaya yang sama. Jadi apa perlu kita membuat tuntutan dengan mengatakan budaya ini milik negara ini dan itu.

Yang pasti jika pemerontakan tuntutan terhadap pemilikan budaya ini, ia akan menyebabkan budaya itu akan terus terhapus. Sebaiknya usaha perlu dilakukan untuk melestarikannya dengan mengembangkan kebenua lain agar ia dipandang orang dan disambung tradisinya. apabila budaya kita diamalkan sama oleh orang luar, ia akan terus mekar. Andainya orang Jepun menggilai gamelan, apasalahnya mereka mengembangkan juga budaya itu dan mengasimilasikan dengan budaya mereka. Sekurang-kurangnya bunyi gamelan akan terus berdeting dirantau lain. Jika suatu hari nanti Jepun mempromosikan gamelannya sendiri, adakah kita mahu marah?

Harapan HE tidak kerana mereka bukannya merompak, merampok, memaling dan mengklaim sebagai budaya mereka, tetapi mereka mempromosikan kebolehan masyarakat mereka. Harapan ku, usahlagi menggegarkan atau menggempakan alam nusantara dengan picisan sebegini. Banyak perkara yang perlu diungguli. Jangan menjadi seperti Pak Pandir yang sekadar menang sorak tetapi kampung tergadai. Ingat-ingatlah wahai rakan. Yang penting, kita seugama, serumpun yang perlu untuk penyatuan kerana ada mata dan telinga yang memisahkan kita.

One thought on “>Merompak Merampok Memaling dan Mengklaim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s