>Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

>

National Day, originally uploaded by wazari.

Semalam, pilihanraya di Jepun. Parti pembangkang menang. Yang pasti melihatkan perpaduan parti adalah tunggak kemenangan sesbuah kerajaan. Parti pemerintah ibarat UMNO pada zaman 1987 apabila diisytihar haram. Ada dua puak di dalam parti. Ada puak Perdana Menteri Aso taro dan puak bekas Perdana Menteri Juichiro Koizumi.

Dari kejauhan di negeri Matahari Terbit, masih ada rasa di jiwa ini mengingati negara sendiri lahir sebagai sebuah negera merdeka.

Ada sesetengah orang berpandangan, biarpun merdeka, kita masih dijajah. Jika Ya sekali pun, keadaan negara kita dulu telah mendidik kita berfikiran sebegitu sehingga terjajah? atau kita mendapat pengaruh luar dengan dunia tanpa sempadan sehingga pengaruh luar menjajah kita. Apa juga yang kita lakukan, fikirkan dan perolehi, pastinya datang dari sebuah negara Malaysia yang kita diami sekarang. Banyak persepsi sebenarnya boleh terunkap dengan sebuah penyataan Terpulang pada kita yang mentafsirnya. Ini kerana sifat manusia “they will see what they want to see”

Pun begitu sifatnya manusia, kita tidak mampu menidakkan hak mereka untuk membuat sesuatu tanggapan. Kerana mereka berhak terhadap kehidupan mereka.

Berbicara tentang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi Malaysia pada 16 September 1963, di Jepun ini tiada sebuah hari memperingati kemerdekaan tetapi mereka kononnya maju dengan memerdekakan diri mereka untuk hidup yang lebih baik. Padahal hampir setiap aspek kehidupan mereka “terjajah” dengan elemen Amerika. Sistem pendidikan, sistem jalanraya, sistem bangunan, alamat rumah, pekhidmatan pos dan banyak lagi, kesemuannya berpaksikan Amerika dan perlu menuruti bentuk Amerika. Mereka maju tetapi masih terjajah. Adakah kita juga perlu menjadi begitu?

Tuanku Abdul Rahman, Perdaa Menteri Malaysia pertama dalam ucapannya berkata, pengorbanan menjadi elemen penting dalam negara yang unik seperti Malaysia. Tiada negara wujud seperti Malaysia, maka kita tidak boleh membuat perbandingan dengan negara lain untuk apa perkara sekali pun. Saya mahu membandingkan Jepun dengan Malaysia sudah tentulah bagai Langit dengan Bumi kerana sifatnya sungguh berlainan. Tunku juga berpesan agar hormat menghormati adalah elemen paling besar perlu dipegang dalam setiap sanubari rakyat Malaysia. Oleh kerana kegoyahan elemen itu juga maka terjadinya Peristiwa 13 Mei dan kerana kekuatan elemen itu, kita dapat memikirkan hala tuju ekonomi negara.

Bibit terkikisnya elemen perpaduan dan hormat menghormati makin ketara sekarang. Alangkah sedihnya dalam semangat kemuliaan Ramadhan, ada pula yang mengusung kepala lembu dan mengapi-apikan hak beragama orang lain. Ia sangat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang diutarakan Perdana Menteri.

Maka itulah dia cabaran terbesar kita, sebagaimana diutarakan dalam Wawasan 2020, cabaran pertama bagi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dengan matlamat dikongsi bersama. Kita mungkin merdeka tetapi kita masih dibelengu dan terjajah di dalam pemikiran akan keburukan bangsa lain yang tinggal bersama kita. Akhirnya kita akan memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka. Sifat ini yang perlu dimerdekankan oleh kita. Mewujudkan perasaan anti memandang rendah kepada orang lain  perlukan pengorbanan. Seseungguhnya pengorbanan yang paling besar ialah apabila kita mahu menutup mulut dari bercerita dan berkata tentang orang atau bangsa lain.  Mengelak perkara sensitif sesuatu bangsa merupakan cabaran besar kita.

Sungguh indah kehidupan dahulu. Saat saya dibesarkan di Kuala Selangor. Semasa bekerja, adik saya dibela oleh keluarga India yang berjiran di sebelah rumah saya. Ibubapa saya tidak mencipta perbezaan antara budaya dan agama di antara kami. Ada Masjid berdekatan pekan di rumah saya, kalau pagi-pagi terdengar juga sayup-sayup azan. Dan sekitar itu juga ada juga sebuah kuil yang membunyikan loceng kala senja. Kadang kala, apabila Thaipusan, patung dewa Murugan di arak di melalui hadapan rumah saya, walaupun merasa takut tetapi ia membuatkan kita belajar dan mengenali kepercayaan orang lain.  Sungguhpun kadang kala tidak senang, tetapi perkara itu cuba difahami dan tidak pula kita ungkapkan secara umum seperti sekarang. Mungkin dahulu, kita tiada internet, blog dan portal jadi ia tersimpan di sanubari. Malangnya bila orang sekarang menyimpannya di blog, mereka merasakan ia simpanan sanubari dan peribadi tetapi ia ditonton secara umum.

Mungkin ada orang berkata, jika kita menyimpan yang terbuku di dalam hati akan perkara-perkara yang hak, maka ia akan membuatkan kita tidak merdeka, tidak bebas. Jika kita tidak suka, seharusnya kita suarakan tetapi natijahnya orang lain akan berkecil hati. Kononnya yang benar itu pahit dan ia perlu ditelan. Pengurusan perasaan adalah tidak sama bagi setiap individu mahupun kaum kerana, suasana bakal membentuk pengurusan emosi. Jika situasinya marak, maka akan bertambah marak. Justeru, bila kita bercakap soal merdeka dan kebebasan, hak untuk merdeka itu itu bukanlah mutlak. Kita perlu bebas dengan terpimpin. Kita tidak boleh bebas sepenuhnya kerana kita perlu melihat hak lain diluar kebebasan kita. Hak sekeliling kita. Jika kebebasan kita menerbitkan suasana tidak selesa pada orang laian, adakah kebebasan itu bererti kerana akhirnya ia akan merosakkan sesuatu dan terjadi perkara yang tidak baik seperti huru hara dan kemusnahan. Menyoal kebebasan dan kemerdekaan perlu juga mengiringi persoalan pecegahan lebih baik dari mengubati. Usah mengangkat kemerdekaan tetapi akhirnya orang lain tidak medeka hidupnya. Mengangkat kemerdekaan perlu meliputi kemerdekaan dalam perkongsian dengan orang lain. Usah diri sendiri merdeka tetapi keliling anda dinafikan kemerdekaan dan hak mereka.

Itu sebuah persepsi. Kerana saya juga manusia dan saya mungkin akan melihat apa yang saya ingin lihat. Pada dasarnya saya mahu hidup seperti dahulu, ketika zaman saya kecil-kecil di mana, tiada prasangka, hidup dengan meneruskan kehidupan dengan cara masing-masing untuk negara. Alangkah indahnya dunia ini jika setiap daripada kita bagai kanak-kanak yang hidupnya bergembira tanpa prasangka. Sayangnya setiap kita akan tetap dewasa dan mempunyai rasa dan cita dalam suasana yang tak terjangkakan.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 52.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s