>Ech Satu En Satu

>

Bila membaca berita dari Malaysia sudah saban hari ada sahaja kematian akibat virus Influenza A atau H1N1, ia menunjukkan betapa dasyatnya penularannya. Sedangkan negara yang mula-mula menularknya wabak ini di Mexico pun sudah reda sedikit.

Di Jepun, kes Influenza A ini dikawal ketat dari berlaku semasa penularannya di Mexico. Tindakan pantas pembendungan telah menjadikan kes kematian di jepun pada angka 0.

Aneh sekali bagaimana pembendungan dan kerja-kerja menangani kes wabak ini dibuat di Malaysia. Sikap ambil mudah, nampaknya memakan diri sendiri. Yang susah akhirnya ialah rakyat.

HE rasa, sekatan semasa di Lapangan Terbang KLIA perlu diketatkan. Di Jepun, kuarantin terhadap orang yang baru sampai dari negara yang diketahui mempunyai wabak H1N1 adalah 10 hari. Pemasangan mesin pengesan suhu badan dan pemeriksaan badan setiap penumpang perlu dilakukan tidak kira siapa di lapangan Terbang Narita. Kita tidak perlu takut dengan kekurangan pelancong tetapi menghalalkan kemasukan virus itu melalui pelancong. Apakah kita menggadaikan nyawa rakyat semata-mata mendapatkan tukaran wang dari pelancongan?

Selain daripada tu, adalah menjadi suatu yang pelik bagi HE, sebuah sekolah atau universiti yang mempunyai kes H1N1, dibuat penutupan dan diberikan cuti serta membebaskan pelajar balik ke kampung halaman. Seharusnya, jika berlakunya kes pendemik seperti Influenza A ini, tempat yang dikhuatiri atau mempunyai kes jangkitan, ia harus menlakukan kuarantin dan dibuat pemeriksaan setiap orang. Kerana mereka mempunyai risiko berjangkit. Kuarantin akan selesai untuk beberapa hari selepas tiada simptom jangkitan ditunjukan. Walaupun ia mengongkong kehidupan dan menyusahkan kehidupan individu, tetapi ia lebih baik daripada mereka menyebar kalangan keluarga dan rakan terdekat dan akhirnya merebakkannya di seluruh negara.

Seingat HE, apabila UiTM ditutup kerana kes H1N1 ini,  pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bukankah ini memberikan risiko jangkitan dari pelajar-pelajar ini kepada keluarga mereka? Sepatutnya pelajar atau kakitangan perlu dikuarantin terlebih dahulu dan dibuat pemeriksaan sehingga mereka disahkan bebas virus dan barulah dibenarkan pulang.

Kini Malaysia sudah menjadi antara negara yang jumlah kematiannya berfrekuansi tinggi. Rakyat Malaysia juga harus sedar kepentingan kesihatan mereka dan orang lain. Pakailah penutup hidung dan mulut (mask). Di Jepun sudah menjadi kelaziman, jika diri sendiri mengalami selesema dan batuk, mereka akan memakai mask, tidak kira waktu penularan wabak berjangkit seperti Influenza A atau tidak. Tiada kejangalan bagi mereka memakai mask di khalayak. Kita pula sehingga ada cadangan keperluan untuk menyaman individu yang tidak memakai mask.

Di negara kita isu politik terlalu panas, hal kesihatan sebegini panas juga kalah dengan gelombang isu politik negara. Kepada semua ahli politik, tidak kira dari mana anda datang, lupakan perbezaan dan isu remeh kalian, sama-sama fikirkan cara dan bergabung tenaga menangani kes H1N1 ini. Ini adalah perjuangan.

One thought on “>Ech Satu En Satu

  1. >kat Malaysia..parti2 pembangkang sengaja mengejekdengan huruf H1 N1 tu menyamakan sebagai HISHAMUDDIN + Najibyg menjadi teraju membawa bala penyakit itu….tapi ditepisoleh orang2 kerajan (BN) sebagai bala yang dibawa oleh HADI + NIK AZIZ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s