>Anak HE yang bernama Arisa itu sudah masuk 1 tahun umurnya. Sekejap sangat terasa. Tahun lalu, saat menanti pembukaan sukaan olimpik, mengharap juga dia lahir kerana tarikhnya menarik iaitu 08.08.08 (8 Ogos 2008). Tetapi telah tersurat, Arisa lahir 13 Ogos 2008. Maka 13 Ogos lalu, sudah menjadi 1 tahun dan sebelum itu dia sudah bisa mengatur langkah kecilnya itu.

Tiada apa sambutan, sekadar membeli kek span cokolat dan diletakkan lilin sebatang. Beli juga belon-belon kecil untuk dia bermain.  Semasa hendak meniup lilin, Arisa lebih teruja untuk memegang lilin dari kek. Sudahnya dia terasa panas dan terkejut sehingga kek juga dibencinya. Kakaknya, Adia yan meniup kek. Kakaknya suka kerana bibit-bibit iri sudah bermain di hati. Maklumlah, dulu dia seorang dan mendapat perhatian ibu dan bapanya. Sekarang perhatian ibu bapanya sudah terbahagi dua.

Arisa yang sudah setahun ini lama-kelamaan sudah ada persamaan kakaknya. Iaitu, susah untuk tidur. Dia akan pastikan matanya tdak tertutup walaupun mengantuk. Tetapi akan tidur juga selepas puas menahan mata dengan bergerak sehingga penat. Matanya akan terkedip-kedip menahan mengantuk. Kadang-kadang kesian, dan kelakar pun ada.

Sedah setahun Arisa sekarang. Semoga melewati kehidupan dengan ceria sentiasa.