>Pergi Tak Kembalinya Ikon Nasyid

>Dalam beberapa hari ini, HE kurang sihat. Dalam cuaca panas sebegini, secara ekstrim, HE meminum ais, sudahnya, badan tidak mampu menipu. Dia memberontak. Kasihanilah pemerian Allah ini, biarkan bersederhana. Dalam waktu-waktu memulihkan kesihatan, berita pemergian ikon Nasyid, Ustaz Asri agak memeranjatkan. Innalillahiwainnailaihirajiun.

Secara sosialnya, belum pernah berjumpa tetapi dia (Ust Asri) memainkan peranan dalam hidup HE semasa di Menara Gading. Mengenali nama Asri dari kumpulan Nasyid Nada Murni adalah permulaan. Ia bermula apabila HE menyertai kumpulan Nasyid semasa di Matrikulasi UUM. Blok kediaman HE, orang kuat Usrah, orang kuat Nasyidnya semua berada di situ, jadi tidak haran blok HE menjadi tempat aktiviti.

Dari aktiviti sebegini, seingat HE, mengenali kaset-kaset nasyid, jika tidak dibeli, ada juga dipinjamkan orang untuk didengar. Ada sekali dua sahaja HE beli kerana ia memang sangat mengujakan HE sewaktu melawat gerai-gerai pesta konvokesyen.

Suatu ketika, HE memang sungguh teruja untuk mendapatkan album Nada Murni yang sememangnya kita ketahui ia dianggotai oleh Ustaz Asri. Album itu berjudul Munajat. Jika tidak salah HE kaset itu, Covernya merupakan gambar Ustaz Asri seorang dengan tangan diangkat memohon doa. Keterujaan HE pada ketika itu bahawa, kaseti itu ada dua versi. Versi pertama, ada menyelitkan lagu bonus nasyid di dalam Bahasa Inggeris dan versi kemudiannya, lagu bonus itu sudah tiada. Jadi, betapa payahnya mencari versi asal kaset itu sehinggalah di sebuah pesta konvokesyen, HE meminta kakak yang menjual kaset nasyid untuk menjualkan kaset yang ada dalam simpanannya kepada HE memandangkan yang dipamerkan hanyalah ada versi yang baru.

Suabuat lagi album yang mengujakan HE tentang Nada Murni ialah sajak Sakaratul Maut.  Ia dimuatkan dalam album Nada Murni The Album jika tidak salah HE. Ia sebuah sajak yang sangat menginsafkan dan mengingatkan.

Setelah kematian pertubuhan Al-Arqam, kedengaran sedikit kesepian arus dan warna Nasyid sehingga fenomena kumpulan Raihan. Atas kejayaan Raihan itu, perjuangan Nasyid oleh Ustaz Asri muncul semula dan lebih kontemporari dan mendekati generasi muda menerusi kumpulan bernama Rabbani. Biar berbeza nama, namun pengisiannya tetap sama, berdakwah menerusi irama.

Begitulah Ustaz Asri menggerakkan usaha Nasyidnya. Dia seorang Ikon Nasyid yang sangat Dinamik. Mencipta bentuk nasyid dan berdakwah serta dalam masa yang sama menerobos pembaharuan. Perginya, pergi takkan kembali. Meninggalkan nama dan amal jariahnya. Kita, mengirimkannya doa semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan rohnya di sisi para soleh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s