>Lawatan ke 5 Tasik Sekitar Gunung Fuji

>

Family, originally uploaded by hairieusoff.

Lama sungguh tidak mengemaskini blog ini. Sibuk dan pastinya malas melanda.

Awal Ogos lalu iaitu 3-5 Ogos,, berkereta mengungjungi bumbung Jepun atau gunung Fuji khususnya meneroka alam semulajadi di 5 buah tasik utama sekitar gunung itu. Tasik Yamanaka, Tasik Kawaguchi, Tasik Sai, Tasik Shoji dan Tasik Motosu.

Kunjungan ke sana dengan berkereta bersama teman se universiti. Kami berkhemah di pinggir tasik Motosu dan hampir sepanjang waktu bergerak mengelilingi sekitar tasik dan tempat-tempat menarik sketiarnya. Khemah dipasang hanya untuk bermalam. Cuma beberapa ketika sempat juga melepaskan lelah dan panas musim panas di tasik Motosu yang jernih dan dingin itu.

Hari pertama, menghabiskan masa memetik buah pic di sebuah kebun di Yamanashi berhampiran tanah tinggi alps Jepun. Baru diri mengetahui pic juga pelbagai jenis, ada yang putih warnannya, ada yang merah ada yang merah jambu, ada yang lembut isinya dan ada yang keras isinya.

Kami juga berkesemapatn ke sebuah gua di mana dulunya tempat aliran lava gungung berapi dan ia sangat dingin. Suhu pada ketika itu ialah 0 darjah celcius. dahulu kala, tempat sebegitu, mereka jadikan tempat penyimpanan seperti peti sejuk.

Sepanjang hari pertama, wajah puncak gunung Fuji masih tidak kelihatan. Hari kedua juga pada mulanya sama. Kami ke sebuah perkampungan ala mini Malaysia yang mempameran rumah-rumah Jepun lama. Di situ jika cuca baik juga boleh melihat gunung fuji. Sayangnya masih diselimuti kabus. Perkampungan itu merupakan daya tarikan pelancong di kawasan Tasik Sai.

Selesai di stu, kami ke tasik Kawaguchi untuk “hutan ” muzikal atau tempat khusus pameran dan muzium motak muzik (music box). Alangkah bertuahnya, kerana di situ, puncak Fuji membuka wajahnya.

Malamnya kami melihat bunga api di Tasik Kawagunchi.

Hari terakhir melewati Tasik Yamanaka yang merupakan tasik yang paling luas diantara 5 tasik tersebut. Masih tidak bernasib baik kerana puncak Fuji menyelimuti diri. Kami pulang puas dengan lawatan ini biarpun pada hari kedua sahaja Fuji menampakkan susuknya.

Melihat gunung Fuji merupakan nasib. Tidak semestinya namapak, jika ada nasib, kita dapat menyaksikannya. Menyaksikan penyembunyian sebuah kehebatan ciptaan Tuahn.

3 thoughts on “>Lawatan ke 5 Tasik Sekitar Gunung Fuji

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s