>Memilih Yang Hak

>

Minggu lalu Khutbah Jumaat di Kampus HE berkisar tentang perkara Memilih. Memilih Pemimpin itu adalah Amanat Allah kepada hambaNya. HambaNya pula perlu memilih pemimpin yang Hak. Yang benar-benar layak.

Memandangkan pada minggu ini di Indonesia, berlegar dalam situasi pemilihan Preseiden Indonesia, maka khutbahnya menjurus tentang pemilihan pemimpin.

Namun, terselit juga saranan apabila memilih, kita perlu memilih yang hak atau yang benar-benar layak dalam konteks peribadi. Jika kita sebagai ibubapa, memilih sesuatu untuk anak, kita perlu memikirkan kesan terhadapnya. Jika sesuatu perkara itu disukai anak tetapi akan meudaratkannya, kita perlu menolaknya.

Jika sesuatu perkara walaupun pahit buat anak kita tetapi ia akan memberikan kebaikan buat anak kita, wajar kita memilihnya.

Seperti Adia, dia tidak suka makan sayur, tetapi adakah HE mahu menidakkan kebaikan sayur untuk Adia? Jelasnya HE tidak boleh memberikan sehelai-sehelai daun salad buatnya, yang mungkin HE mampu lakukan ialah memberikan jus sayur-sayuran kepada Adia untuk dijadikan amalan.

Memilih yang hak adalah amanat. Ia perlu dipegang.

ps: Kematian PPSMI Ver. II

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s