>Kematian PPSMI

>Rasmi sudah. PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di Dalam Bahasa Inggeris) akan tamat dasarnya mulai 2012. Ia dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan kajian keberkesanan dasar tersebut sejak dilaksanakan pada tahun 2003.

HE sudah bercakap tentang ini banyak kali. HE sudah bercerita tentang pengalaman HE semasa awal dasar  PPSMI diperkenalkan di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), HE juga sudah bercerita tentang pengalaman Bahasa Inggeris di Jepun, HE juga cuba mencadangkan jika mahu memartabatkan Bahasa Melayu, kita atau cerdik pandai serta pejuang bahasa Melayu kita, untuk mencipta kosa kata baru dalam bidang Sains dan Matematik agar ia ternampak sebagai Bahasa Melayu dan bukannya Kata Pinjaman Bahasa Inggeris.

Hari ini terpatri sudah sebuah dasar yang digerakkan sejak 2003 itu, dikuburkan atas alasan mempunyai banyak kelemahan. Kelemahan yang dimaksudkan ialah prestasi pelajar tidak baik khususnya di luar bandar. Ia juga memberikan jawapan kepada kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru Sains dan Matematik. Banyak yang diutarakan dalam permaslahan PPSMI ini sangat terkait dengan kaedah pengendaliannya. Malangya, dalam kes ini kita lebih melihat simpton  sebagai sebuah masalah dan akhirnya kita menghukum simptom agar dicari jalan penyelasaian. Begitulah juga kes PPSMI ini, kita merumuskan kegagalan murid memperolehi dan menggapai keputusan cemerlang dan kesukaran dalam menguasai Sains dan Matematik adalah kerana mereka terpaksa belajar di dalam Bahasa Inggeris. Sedangkan kegagalan mereka itu hanyalah simptom, simptom akibat masalah penyediaan ke arah menjayakan sesuatu dasar, pedigoginya dan penyediaan modal insannya. Semua itu yang menjadi masalah utama terhadap kegagalan dasar PPSMI. Ia bukan masalah memilih bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak-pihak tertentu mengatakan pembelajaran matematik hanya menggunakan bahasa simbol, maka mempelajarinya dengan Bahasa Melayu sudah cukup untuk menerokainya. Justeru, mengapa tidak Matematik juga dipelajari mengikut Bahasa Inggeris jika ia hanya dipelajari berdasarkan simbol?

Hasil kajian selalunya berdasarkan skop. Bila kita bercakap tentang skop, ada andaian-andai tertentu diambil. PPSMI adalah sebuah dasar yang berfikiran jauh. Ia sebuah dasar dalam penyediaan modal insan dalam jangka masa pnajang. Kejayaan dasar ini bukan boleh disukat dalam masa 10 tahun malah ia juga bukan boleh dinilai dalam usia 20 tahun. Ia melangkaui sempadan itu. Jika skop kajian kegagalan PPSMI dilihat dari segi keberkesanannya sepanjang ia dilangsungkan pada 2003 sehingga tahun 2009, adalah satu keputusan yang sangat bias untuk PPSMI. Jika kita mahu mengkaji PPSMI, kita perlu melihat kitaran seseorang pelajar itu dari dia memulakan pembelajarannya sehingga dia mampu membuat pengajaran kepada orang lain. Dalam kata lain, kejayaan PPSMI perlu menilai kejayaan pelajar sejak dia menjadi pelajar tahun satu sehingga dia menjadi tenaga kerja. Maksudnya dari pelajar itu berumur 7 tahun sehinggalah dia keluar dari universiti dan berkerja serta menyara keluarganya.

Kesukaran pelajar luar bandar menerima konsep PPSMI juga adalah alasan yang terpakai sebagai kegagalan PPSMI. Pelajar luar bandar berdepan dengan kepayahan di dalam PPSMI kerana ia diajar di dalam Bahasa Inggeris telah mengakibatkan pelajar luar bandar gagal dalam pelajaran. Bangsa kita telah disarankan mencabar wawasan 2020 sebagai bangsa yang kental dan berdaya saing tetapi telah tersungkur dek PPSMI. Jika sudah sedari awal kita mendidik generasi muda khususnya pelajar luar bandar untuk tidak berjuang, apakah mereka mampu meneroka alam lebih luas kelak? Adakah kita mahu melihat pelajar luar bandar terus lena dengan tahap sedia ada mereka? Adakah anak bangsa kita tidak boleh bersusah? Ia mengingatkan prisnip bonda HE, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Kerana itu, dalam melangsungkan kehidupan, cabaran dan kesusahan perlu ditempuhi dan dari situ kita mempelajari sesuatu.

Rata-rata menyambut baik keputusan kerajaan menoleh semula kepada Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) untuk menggantikan PPSMI. HE bukan anti Bahasa Melayu. Blog ini ditulis di dalam Bahasa Melayu kerana HE mengagungkannya. HE cuma rasa, PPSMI perlu diteruskan untuk kebaikan bangsa kita. Ia sebuah dasar masa depan. Ibu dan bapa kita dulu pun melalui aliran Bahasa Inggeris dalam pendidikan tetapi mampu mengukuhkan jatidiri dan berpegang pada Bahasa Melayu sehingga kini.

Kita mempunyai polar masyarakat yang unik. Di Malaysia pengkelasan kaum begitu jelas. Pendidikan mengikut kaum juga jelas. Di Malaysia, kita bukan sahaja ada Sekolah Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia tetapi ada Sekolah Jenis Kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda kaum dalam aliran pendidikannya. Bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Berdasarkan keputusan “pemansuhan PPSMI”, Sains dan Matematik bukan sahaja akan diajar dalam Bahasa Malaysia , ia juga akan diajar di dalam Bahasa Mandarin dan juga Tamil masing-masing di sekolah Jenis Kebangsaan. Ia menjadi satu persoalan besar buat pejuang Bahasa (Melayu) yang sebelum ini lantang menentang PPSMI. Adakah kembalinya Bahasa Melayu dalam Pengajaran Sains dan Matematik mengiringi perjuangan Bahasa Mandarin dan Tamil? HE bukan rasis tetapi HE cuma terkilan, jika betul mahu menegak Fasal 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, ayuh perjuangkan juga pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan. Di dalam hal ini HE rasa pejuang Bahasa Melayu perlu konsisten. ATAU lebih radikal lagi, apa kata kita tiadakan sekolah Jenis Kebangsaan dan memacu projek Sekolah Wawasan yang mana hanya ada satu jenis sekolah yang menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Malaysia.

Bercerita tentang kepelbagaian bangsa dan kaum di Malaysia, kita mungkin tidak sama dengan negara lain. Mengambil contoh terdekat iaitu negara sejiran kita, Indonesia, pembangunan bangsa melalui bahasa berbeza dengan Malaysia. Sekolah mereka sudah jelas dan tidak boleh disangkal berdiri atas satu Bahasa, iaitu Bahasa Indonesia. Apa juga kaum, dan bangsa, persekolahan mereka  adalah dalam aliran bahasa Indonesia. Pernah sekali berjumpa warga Indonesia berbangsa Cina di Jepun ini dan mereka bertutur dalam Bahasa Indonesia tanpa telor kecinaan. Peliknya di Malaysia, kaum India mahupun Cina berbahasa Melayu dengan telor masing-masing (tidak semua). Ada teman dari Indonesia berkata kepada HE, dia berjumpa seorang Warganegara Malaysia (bukan Melayu) dan merasakan aneh Bahasa Melayunya malah perbendaharaan kata Bahasa Melayunya pun sangat teruk. Malu bukan? “Bangsa Malaysia” tidak tahu berbahasa Kebangsaannya sendiri. Ini sebenarnya patut diperjuangkan oleh pejuang bahasa kita.

Dalam kes sebegini, dalam keadaan legasi demokrasi sebegini ada baiknya pendekatan autokratif dan diktator digunapakai. Jalankan sahaja PPSMI. Persetankan sahaja hingar bingar itu. Kerana dalam pembangunan masyarakat dan pebinaan semula demokrasi, peranan autokratif sangat mengesankan. Banyak kajian sarjana sejak kebelakangan ini menilai demokrasi mutlak perlu dimbangi peranan autokratif dan dictatorship.

Keputusan “Mematikan PPSMI” ini usah kita lihat sebagai kejayaan total tehadap Bahasa Melayu kerana yang penting sekarang ialah pembangunan modal insan bangsa kita. Jika survival anak bangsa terpinggir pada masa depan, usahkan bangsa kita tidak maju, malah bahasa kita juga akan terus mundur.

p.s  Menunggu respon, namun tidak akan akan balas kerana blog adalah pandangan peribadi.

Advertisements

One thought on “>Kematian PPSMI

  1. >salam HE & familimematikan ppsmi tak juga menampakkan usaha memartabatkan b melayu tu sendirijadi, ketinggalan lah serba serbinya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s