>Ujian

>Allah menguji manusia dan hambaNya dengan pelbagai cara.

Aku insan kerdil tidak mungkin mengerti corak ujianNya tetapi fikiran kita mampu menelah dan mengagak ujian yang diberikanNya kepada manusia.

Aku mungkin kalangan hambaNya yang diuji dengan kekurangan harta, tetapi ada juga manusia yang diduga dengan kelebihan harta.

Kalangan bijak pandai pula , mungkin diuji dengan cabaran mendapatkan jawapan dalam kepandaiannya dan ada kala kebodohan menguji manusia untuk menjadikan dirinya menjadi bijak.

Pemimpin pula, diuji dengan pangkat yang diberikan kepadanya. Bagaimana dia melunaskan tanggungjawab adalah ujian buat mereka.

Orang yang dipanggil Ulama dan Tok Guru juga kadang-kala diuji. Mungkin atas kebijaksanaanya juga, Allah menguji pengucapan mereka dan bagaimana mereka menggunakan anugerah Allah iaitu lidah untuk berkata-kata dan berdakwah.

Isunya, bagaimana kita menangani ujian daripadaNya. Kemampuan menanganinya hanya Allah yang mampu menilai. Sebagai manusia dan hambaNya, bukan kita perlu mendabik dada sebagai pengadil tetapi menyerahkan kepadaNya untuk membuat keputusan. Kita, kita perlu meneruskan kebaikan dan bersangka baik kerana yang positif itu juga suatu yang disukaiNya.

Advertisements

One thought on “>Ujian

  1. >orang yang menganggap dirinya pandai,itu lah sebenarnya adalah orang bodoh..tidak semestinya orang yang berketayap danberlebai itu ahli syurga, dan juga orang yangmemakai kot dan tali leher itu dimasukkanke neraka..wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s