>Tali Allah II

>Tali Allah itu mengikat kita dengan Agamanya.

Aku mengikat diri ku dengan saudara islam ku di bumi Samurai ini dan kami sama-sama menunaikan Jumaat biarpun rumpun kami sedikit.

Ada Syiria, Ada Malaysia dan Ada Indonesia.

Khutbahnya sungguh mengesankan aku. Malah aku mahu sama-sama berkongsi kerana melalui khutbah itu, aku dipesan-pesankan dan diingat-ingatkan. Maka tugas aku juga memeasan-mesankan dan mengingat-ingatkan juga rakan-rakan. Tidak rugi berkongsi ilmu.

Khutbahnya ringkas. Mendirikan solat itu tiang Agama. Meninggalkannya bererti meruntuhkan Agama.

Pun begitu menjalankanya secara berjamaah akan dianugerahkan kurniaan 27 kali ganda. Terdapat beberapa pandangan mengatakan bahawa, digandakan 25 kali ganda jika berjemaah dan 27 kali ganda berjemaah di Masjid.

Persoalannya bukan gandaan kurniaan yang kita perolehi. Isunya ialah Allah akan menguriakan perkara yang baik jika kita melakukan bersama-sama. Dalam kata lain, Agama Allah ini mengajak kita bersatu dalam melakukan kerja sesama kita khususnya yang beragama Islam.

Jadi apakah kita mahu menafikan erti persamaan dan menjelaskan perbezaan, walhal terlah terang kita adalah saudara sesama agama dan berpegang dengan TaliNya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s