>Persamaan

>Bila melihat suasana politik, memang gerun. Kesimpulannya, aku bukan suit dengan dunia itu. Tetapi aku mampu memandangnya dari perspektif dari hujung sahaja.

Aku bukan bijak malah aku akui dangkal dalam isu politik tetapi aku manusia yang menilai melalui kebodohan ku bagi anak-anak bermain di padang bersama rakan-rakannya. Apakah aku tidak boleh bermain dengan budak itu lagi jika semalam aku ditolaknya. Aku hanya mahu suasana bahagia dan untuk itu aku maafkan sahaja dia dan ayuh kita bermain bersama-sama sekali lagi. Kerana, budak itu mungkin menyesal dengan perbuatannya semalam. Belum cuba belum tahu, bukan?

Sukar sangatkah meneruskan usaha bersua. Kerana selagi tidak kenal maka tidak akan cinta. Biar apa juga perbezaan yang tuhan berikan kepada kita, tetap wujud ruang di antaranya untuk mencari persamaan. Mengapa harus terus menidakkan persamaan. Seharusnya usaha kita mencari persamaan bukaannya menjelaskan perbezaan.

4 thoughts on “>Persamaan

  1. >kalau luka masih berdarah, sukar nak melupakan pengkhianatan bekas kawan…perlu difikirkan juga, bagaimana pula perasaan kawan2 yang menyokong kita pada masa ini.

  2. >jika mahu menyimpan dendam kesumat, sudahnya kita tidak akan memaafkan. Tiada perkataan kalah dan menang dalam kemaafan kerana nilaiannya terlalu tinggi.Ibarat kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.

  3. >tapi menimbulkan permasalahan dan ketegangan sesama rakan seperjuangan juga tidak baik kan?contoh, selama ini saya menjalinkan kerjasama perniagaan dgn mr teng. mr teng yang membantu saya meningkatkan perniagaan.adakah baik tindakan saya tiba2 berpaling tadah bekerjasama dgn en ali?sedangkan en ali dan mr teng adalah competitor?sedangkan en ali pernah menjatuhkan perniagaan saya sebelum ini?inilah dilema yang melanda yang menyebabkan perkara ini bukan mudah.tidak mustahil tapi sukar.kalau benar perpaduan yang dicitakan, kita perlu membentuk proportional representation system.. mungkin melalui single transferable vote system spt di US, Singapore atau Germany.perkara ini telah lama dicadang oleh academician, terutama sekali prof shad melalui buku beliau, Document of Destiny

  4. >saya amat faham dengan nada tulisan anda. tetapi isu saya kalau perkara lama dijadikan alasan tidak mahu bersemuka, bukan kah kita perlu menyanjungi sifat pemaaf PesuruhNya.Jjika kita rasa rakan kita tersinggung, apakah kawan kita si Ali juga tidak tersinggung. Saya kira , perbezaan pendapat itu perkara biasa dalam segala isu tetapi kita perlu mencri persamaan dan itu yang mendekatkan kita. Jika semua perkara kita menekankan perbezaan , maka kita akan terus nampak jauh. Sesuatu perkara memang tidak mustahil tetapi sukar, dan ia bererti ia mampu dilakukan. Jika meletakkan sesuatu perkara itu "sukar" maka ternampak akan lebih sukar.Kita boleh melihat apa juga bentuk system di dunia tetapi yang penting kita bersatu dengan kesamarataan dalam semua perkara bukan sahaja dari segi vote. Kita perlu melihat priority, perubahan dalam pentadbiran sesebuah negara perlu dan kerajaan memang perlukan pembangkang tetapi kerajaan perlu ada pembangkang yang membina kerajaan bukannya mengambil alih kerajaan. tetapi sehingga kini adakah sistem ini (sedia ada) telah memundurkan kita atau merosakkan kita? Apa yang saya nampak apa juga perkaranya, tumpukan hidup kita dengan bekerja ke arah kejayaan dengan bersatu melakukannya. Prof Shad, saya kira dalam 3 dekad bergelumang dengan perihal undang2 dan perlembagaan, dia mengakui keindahan apa yang kita miliki sekarang biarpun ada sedikit kontradiksi.Salahkah sekadar bersua dan berunding dan berbincang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s