>tali Allah

>

tali Allah 3, originally uploaded by iluvislam.design.

Tali Allah itu ialah FirmanNya dan suruhanNya, datangnya Tali Allah itu menerusi Al-Quran dan Hadis Rasulullah.

Surah Al Imran itu mengingatkan aku sebahagian dari Ayat Quran yang aku ingati dalam Pengajian Agama Islam di Sekolah Menengah dulu.

Menerusi Ajaran Islam, Manusia membuka lembaran baru kehidupan dan untuk menunaikan tuntutan agama itu memerlukan penyatuan dalam pencapaiannya.

Tidak kira bangsa, pandangan, ideologi dan pendapat tetapi atas nama Allah Yang Maha Satu, kita perlu duduk bersama, berbincang dan bermusyawarah untuk mencari penyatuan.

Usah dibilang berapa kali kita perlu duduk dan berbincang kerana itu adalah sebahagian daripada usaha. Bak kata orang, Usaha Tangga Kejayaan.

Surah al-Ra‘d, ayat 11 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri.

Kita tahu usaha terhadap kebaikan akan direstui Allah. Maka usaha demi kebaikan negara adalah sesuatu yang patut diusahakan.

Justeru apa perlu menidakkan kerja-kerja penyatuan bangsa demi negara. Biarpun sejuta kali kita membincangkannya, ingatlah kita sebenarnya berusaha ke arah kebaikan daripada kita menidakkannya sedari awal. Usah mencantas tunas yang belum tentu kita tahu memburukkan kita. Berusahalah memupuk keindahan kehidupan dengan berganding bahu sesama kita.

2 thoughts on “>tali Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s