>Simpan Balik

>

 

Adia Zara, originally uploaded by hairieusoff.

Anak-anak bila sudah besar sedikit, mereka sudah mula pandai meneroka… hasilnya, ada sahaja benda hendak dipunggahnya.

Adia pun sama, memunggah sahaja kerja dia. Kalau tidak tengok TV, dan kalau tak tahu nak buat apa, dia pergi cari kotak yang HE simpan barang-brang yang hendak bawa balik ke Malaysia. Sebahagian barang itu adalah omiyage (cenderamata).

Geram aja tengok Adia, bila punggah barang, lepas tu tinggal bersepah-sepah macam kucing curi makan kat dapur.

HE selalu pesan pada Adia.
“Lepas ambil, letak balik kat tempat asal, simpan balik”

“Yes, papa”
kata Adia.

Esok lupa. Dia buat balik. Geram aje, macam tak lekat aje kat dalam kepala tu.

Sebenarnya teringat juga pesanan itu daripada Emak kepada HE. Dah ambik, lepas guna, simpan di tempat asal. Agaknya dulu, HE pun sama agaknya macam Adia, haaa! sekarang HE rasalah!.

Tapi itulah, untuk mendidik anak ni agaknya kita kena brainwash selalu budak-budak ni supaya ia lekat dalam kepala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s