>Sebuah Rasa Untuk Abah

>Aidilfitri 2006 With Abah

Aku bukan hendak menulis sesuatu yang syahdu syahdan di sini tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkannya dengan gaya penulisan aku yang tidak cantik ini. Kepastianku hanyalah, ada sedikit haru dalam rasa. Rasa itu pula tidak mahu wujud kesedihan tetapi mahu bercerita tentang yang bahagia sahaja supaya mampu membuatkan aku tersenyum. Pun begitu aku tidak tahu bagaimana perasaan itu. Apakah namanya?

Sudah hampir 2 tahun 2 bulan menjejak kaki di Bumi Sakura ini. Semuanya kerana cita-cita dan impiku. Impian yang sudah akrab dengan diri ku, bukan jiwaku sahaja yang tahu tetapi, keluargaku khususnya Abah. Kejayaan aku memperolehi biasiswa untuk ke tanah Samurai ini disambut senyum Abah kerana sudah mengenali hasrat itu sejak aku kecil. Aku memang tahu dia seorang yang sangat memberi galakan dalam kemajuan diri.  Dari dirinya aku sudah melihat contoh besar. Seorang yang hanya bekerja sebagai kerani, mampu mendiami sebuah banglo dua tingkat dan memberikan anak-anaknya yang empat itu ke menara gading baik di swasta mahu pun awam.

Dalam tempoh keberadaan aku di sini, masih mampu Abah membantu aku.  Aku menghantarkan wang ansuran kereta aku kepada Abah dan dia membayarkannya. Macam-macam aku minta Abah lakukan, membuatkan lesen antarabangsa, membuat pemeriksaan kereta, melihat-lihatkan rumah aku di Malaysia dan macam-macam lagi. Abah lakukan sahaja.

Dalam keberadaan aku di sini juga, adik-adikku seorang daripadanya sudah bertunang dan seorang lagi akan melangsungkan perkahwinan. Ah! aku rasa mahu pulang sahaja. Bukan apa, aku hanya kasihankan kedua-dua emak dan abah. Mereka melakukan kerja itu berdua. Kerap sangat pula aku mendengar Abah demam. Pastinya kerana keletihan menguruskan persiapan perkahwinan anaknya. Semakin memanjat usia, semakin mudah kesihatan digoyahkan.

Sedih rasanya mendengarkan suara Abah ketika aku menelefonnya tempoh hari. Suaranya tidak bermaya dan kata emak, demamnya panas. Risau sungguh aku dalam keadaan rebakan swine flu ketika ini. Beberapa hari lagi kenduri adikku. Dia bakal menikah dan mendirikan rumahtangga. Abah masih tidak sihat. Aku kata kepada Abah pergilah berjumpa doktor.

Abah tidak mahu ke doktor bukan kerana takut, tetapi katanya khuatir ditahan di hospital kerana swine flu. Alasannya, dia perlu menunggu selesai kenduri. Menukarganti sakit demamnya kerana kenduri membuatkan aku sungguh hiba tetapi aku tidak mahu memaksa. Kata emak, Abah menahankan diri dari sakit hanya dengan antibiotik yang ada.

Walaupun ada adik-adik aku di sana menjaga tetapi dalam hati dari jauh ini lebih selesa untuk mendekati. Itu cabaran aku sekarang. Dapat memandang dan mendengar tetapi tidak dapat menyentuh. Melihat Abah di YM dan mendengar suaranya di telefon, tetapi tangan tak tercapai. Andai aku punya wang bagai Gunung Fuji, segera aku pulang tetapi aku menyedari, aku bukan insan dilimpahi rezeki dengan wang, aku insan yang rezekinya diberikan tuhan dalam bentuk lain. Anak, kehadiran aku di tanah Sakura ini, keluarga, dan kerja yang tetap, adalah rezeki aku yang tiada tolok bandingannya. Malah emak dan abah juga rezeki Allah kepada aku. Kurniaan terbesar aku dilahirkan di dunia ini.

Aku selalu mahu mengucapkan sesuatu kepada Abah tetapi kekadang aku tidak terkeluarkan kata-kata. Abah, kalau Ery (aku) berpeluang berkata, Ery mahu abah ke hospital untuk segera periksa. Makan ubat dan istirehat banyak-banyak, ok?, bila sudah sihat nanti, exercise. Abah suka mencangkulkan? Seingat Ery, Ery tak pernah cakap, Sayang Abahkan?, Hari ini, Ery nak cakap Sayang Abah.

Selamat Hari Bapa, Abah.

8 thoughts on “>Sebuah Rasa Untuk Abah

  1. >sa sgt suka entri ini..selagi msih sihat dan bernyawa..sa akn jga mak n abah…keluarga segala-gala nya..sa bangga ada keluarga yang ada sekarang ni..huuu..selamat hari abah juga..

  2. >Nini pun sayang abah..dan emak..kadang2 lidah ini sukar utk melafazkan…perasaan itu tersimpan rapi di ruang paling dalam di hati…..hakikatnya jiwa ini menyayangi mak dan abah jauh lebih byk dari nyawa aku sendiri….

  3. >mak rasa terharu, bila baca artikal ini, abah sememangnya seorang yg tabah dan cekal menghadapi apa juga cabaran2 dan dugaan.Tapi itu lah hakikatnya..mak dan abah sebenarnya menjalankan tanggungawab yang diamanahkan oleh ALLAH..disamping menginginkan semua anak2 lebih maju berbanding mak dan abah yg tidak berpeluang belajar sehabis tinggi…mak dan abah pohonkan supaya anak2 mak dan abah supaya mendidik anak2 kalian seperti itu juga bahkan lebih dari itu…semoga berjaya anak2 mak dan abah….insyallah.

  4. >Selamat Hari Bapa utk abah juga…Much easy for a son to look after his parent than a married daughter actually…I\'ll support you as long as I live

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s