>

IMG_6069, originally uploaded by hairieusoff.

Beberapa hari lepas, keluar sebentar mengambil angin. Di tepian jalan sungguh banyak bunga dandelion (tanpopo) dan bila kering ia ibarat bunga-bunga lalang yang tumbuh dan berkembang. Pada ketika ini keadaan angin memang kuat. Adia suka benar bermain dengannya.

Aku selalu mendengar pesanan; jadilah seperti bunga lalang yang mengembara untuk meneroka dunia dan ilmu tetapi jangan jadikan hati seperti bunga lalang yang tidak tetap pendiriannya.