>

Mask, originally uploaded by hairieusoff.

Di Jepun sudah menjadi kebiasaan umum dan masyarakatnya memakai mask atau topeng mulut atau topeng bedah atau apa juga ia dipanggil.

Pemakaian topeng ini selalunya sebagai pelindungan sama ada untuk orang ramai atau diri sendiri. Jika seseorang itu selesema sekali pun, mereka akan memakai topeng itu bagi mengelak orang lain dijangkiti. Di negara kita, pemandangan orang memakai topeng hanya berlaku sewaktu negara mengalami jerebu sekitar tahun 1997 tetapi untuk memakai kerana tuan badan selesema, belum menjadi budaya.

Sejak kejadian wabak selesema babi (H1N1) di Mexico, orang Jepun dan medianya sudah menguar-uarkan keributan wabak itu. Dan sejak kes pertama di Kobe, permintaan terhadap topeng sudah meningkat.

Sewaktu HE membeli topeng ini di pasaraya berdekatan pun, orang sudah ramai berpusu-pusu membelinya. Jadi HE beli sahaja untuk simpanan. Khuatir juga dengan keadaan sekeliling, tambahan pula jika dilihat peta sekitar rumah HE, ada kawasan ternakan khinzir.

Moga dijauhkan daripada penyakit ini. Amin.