>ママつれてって

>

ママつれてって, originally uploaded by hairieusoff.

Bila berjalan keluar, selalunya membawa stroller. Arisa tidak boleh dikendong seperti biasa kerana dia sudah berat. Jika membawa Arisa dengan baby sling tu kakadang kadang sudah rasa hendak patah bahu. kalau pakai baby holder seperti pouch tu peha Arisa akan merah-merah, makllumlah berat! Jadi kena juga berstroller.

Yang kakaknya, Adia pula semakin lama0semakin hendak memanjakan dirinya. Dulu kalau berjalan tidak kisah tetapi sekarang cepat penat. Pun begitu, kita memang tahu budak-budak, jika kita jalan selangkah dia jalan 3 langkah, jadi memang penatlah.

Kerana itu, HE beli aje ママつれてって (mama tsuretette). Itu nama jenamanya. Ia merupakan pelantar untuk dipasang di belakang stroller agar Adia boleh berpijak di situ.

Kuranglah penat Adia. sekarang ini HE biarkan saja benda tu lekat di situ kerana bila keluar sudah menjadi permintaan Adia. Dia tak mahu berjalan dah. Tetapi kadang kala HE suruh dia berjalan juga bagi exercise sikit.

Di Jepun, banyak ruang untuk berjalan. Di Malaysia nanti entahlah. Adakah HE akan berjalan atau lebih menaiki kereta.

2 thoughts on “>ママつれてって

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s