>

Semalam, angin menderu kuat. HE tiada ke mana melainkan duduk di rumah melayan karenah anak. BAru berkesemapatan berbual dengan mak abah melalui YM. Mereka agak sibuk kebelakangan ini untuk menyiapkan persiapan perkahwinan adik lelaki HE. HE tidak dapat pulang tetapi tidak mengapalah, bantu apa yang mampu dari sini sahaja.

Anak-anak HE bagai meronta-ronta hendak keluar rumah tetapi oleh kerana angin kuat itu, duduk tepi anjung pun jadi. Arisa cukup teruja merasai angin.