>Recycle

>

Recycle, originally uploaded by hairieusoff.

Semasa tiba di Jepun dua tahun lalu, kejutan pertama HE sekeluarga ialah pengendalian recycle (kitar semula) secara total di Jepun. Di Malaysia, kita ada pilihan melakukannya dan apabila melihat tong sampah recycle, ikutlah kita mahu lakukannya atau tidak Di rumah pula memang tiada dalam hati kita pun ingin melakukan recycle. Apatah lagi mengasing-asingkan sampah kita.

Semasa tiba di Jepun, sempai (senior) kami mengajar kami cara pengendalian sampah. Pembuangan sampah mengikut kategori berbeza mengikut hari. Jadual pembuangan sampah juga berbeza mengikut pihak berkuasa tempatan. Dulu semasa tinggal di Ichikawa, Chiba, jadualnya berbeza dengan jadual kutipan sampah di Fujisawa, Kanagawa.

Gambar di atas ialah sampah-sampah yang perlu dibuang mengikut jadual di Fujisawa untuk hari Isnin. Bagi hari Isnin, sampah seperti tin minuman, botol kaca, botol minuman, Kotak (yang telah dilipat dan diikat), kotak susu, buku dan pakaian akan berselang dengan isnin (alternate) untuk sampah seperti bateri, barang-barang besi, CD yang dikategori sebagai sampah tidak boleh bakar.

Sampah seperti sisa makanan dan lampin bayi hanya boleh dibuang pada hari selasa dan jumaat. Plastik pula hanya dibuang pada hari Rabu.

Ibaratnya, kehidupan di Jepun ini, adalah menjadi keperluan mengumpul sampah. Jika kita tidak membuang pada harinya, maka penuhlah sampah di rumah kita. Kerana itu juga, di Jepun terlalu banyak kedai menjual tong sampah. Dalam satu rumah, banyak jenis sampah hendak dibuang dan disimpan.

Jepun begitu mementingkan kitar semula tetapi HE tidak tahu sejauh mana kejayaannya. Di Malaysia, kita terlalu baru dan tiada paksaan melakukannya. Memang menyusahkan tetapi sesuatu yang HE lihat ialah bagaimana masyarakat kita mampu melakukan perkara ini di Malaysia. HE lihat sahabat dan diri HE sendiri di sini mampu melakukan dan mengapa tidak kita melakukannya di Malaysia sebagai satu tabiat? Pun begitu HE boleh katakan ia memang melecehkan. Sungguh melecehkan.

Advertisements

4 thoughts on “>Recycle

  1. >kat KL dah ada ura-ura nak buat… kalau tak ikut, diaorg ada hak utk tak collect sampah kita. Tunggu dan lihat sahaja, tapi benda yan bagus kenalah masyarakat kena support.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s