>Perkelahan di Taman Tsujido Kaihin

>

   

Picnic, originally uploaded by hairieusoff.

Sempena Hari Ibu dan hujung minggu dan setelah terperap seminggu di rumah kerana cuaca hujan, HE sekeluarga keluar berkelah di sebuah taman berhampiran pantai iaitu Taman Tsujido Kaihin.

Mamanya masak omletrice. Senang mengangkut. Kira-kira macam nasi goreng telur bungkus. Satu bekas seorang. Bukan nak makan sangat tetapi nak melepak-lepak dengan Adia dan Arisa. Mama nya pun nak melepaskan tenaga dan ion-ion negatif di luar. Aha.

Sebelum sampai ke taman, sengaja HE membeli set mainan di pasaraya berdekatan.  Bila melihat set itu, Adia tambah teruja. Tak lekang-lekang digendungnya set tu. Semalamnya pulak, Adia dapat baju baru untuk sesuaikan musim yang dah nak menghampiri panas. Dah mula rasa hangat walaupun angin menderu.

Cuaca agak panas tetapi ia memberikan ruang Adia untuk melepaskan tenaganya dengen bermain. HE perlu stamina untuk itu. Iaitu untuk menyamakan keinginan dan kudrat anak HE untuk bermain. Masa main di taman memang tidak rasa tetapi bila balik rumah, terasa sungguh semputnya. Kulit pun tak perasan sudah terbakar. Rasanya masing-masing gelap aje.

Kadang-kala anak-anak tidak meminta apa-apa cuma ruang waktu kita bersama mereka. Ini masanya. Keletihan yang berbaloi.

8 thoughts on “>Perkelahan di Taman Tsujido Kaihin

  1. >thanks ZaiSronok tengok Adia nak cuba mcm2 mainan n Arisa blajar merayap2 di atas rumput.. mcm bebudak lain yg turut dibiarkan merangkak n merasa rumput oleh mak bapak masing2…Thanks Papa…concerning my health…

  2. >Rajin betul HE bawak anak-anak bejalan ke sana ke mari. Kat sini panas sentiasa. Malam siang panasnya. Cuaca dah tak macam dulu dah. Hatta kat sungai pun terasa panasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s