>Menyambut Kehadiran Adik-adik Di Jepun

>25 April

Puroland, originally uploaded by hairieusoff.

Jam 5.00 pagi sudah keluar rumah untuk ke Lapangan Terbang Narita. Kami melalui Tokyo kerana AquaLine dikatakan sesak. Sampai ke Narita jam 7.00 pagi. Adik-adik masih belum keluar dari ruang imigresen. Hampir sejam menunggu, barulah mereka menyergah Adia. Kami pun tidak perasan mereka sudah keluar.

Destinasi hari itu ialah ke Sanrio Puroland iaitu taman tema Hello Kitty yang dinanti-nanti oleh Adia. Cadangan asal mahu ke Disneyland tetapi hujan dijangka sepanjang hari, Puroland mengambil alih. Puroland yang bertempat di Tama berhampiran Tokyo merupakan taman tema indoor. Di sana tidak begitu banyak ride tetapi lebih kepada bentuk-pentuh persembahan dan muzikal. Sesuai sangatlah dengan kedua-dua anak perempuan HE yang meminati warna merah jambu, segalanya bagai ruang imaginasi anak gadis HE dan juga makcik-makciknya bagai pelik dengan minat dan kegilaan  masyarakat Jepun terhadap karektor-karektor animasi.

26 April

Disneyland, originally uploaded by hairieusoff.

Destinasi hari itu ialah Tokyo Disneyland. Sesampainya kami ke sana sudah penuh orang berbaris untuk bergambar dengan Mickey dan Minnie. Malangnya kami tidak dapat bergambar kerana orang yang beratur sudah melebihi had pada hari itu. Mujur dapat juga bergambar dengan Donald Duck dan menghilangkan kempunan makcik-makcik Adia dan Arisa.

Banyak juga ride yang kami naik kali ini berbanding kali pertama kami sampai ke Disneyland ini. Sayangnya, angin agak kuat pada petang itu sehingga membatalkan parade Jubilation.

Mujur pada malamnya Electrical Parade dreamilght diteruskan. Seperti biasa orang-orang Jepun sudah menunggu sepanjang pinggiran laluan parade tersebut. Selesai parade, kami menyelesaikan lawatan ke gerai cenderamata. Waktu makcik-makcik Adia dan Arisa membeli belah sebelum pulang semula ke rumah.

27 April 

Hari Lahir HE. Pergi ke Shonandai, pekan terdekat dengan rumah untuk adik-adik HE merasa sushi Ondo. Jika di Malaysia terkenal dengan nama Genki sushi. Bezanya mungkin jenis-jenis sushi yang dihidangkan berbanding di Malaysia. HE ingin ke kampus untuk menyelesaikan tugasan tetapi akhirnya pulang sahaja bersama mereka dan membawa Adia ke kelas Bahasa Inggerisnya seperti biasa pada Hari Isnin. Selepas itu, pulang sahaja ke rumah untuk persediaan presentation esok hari dihadapan profesor kumpulan projek.

28 April

Hari panjang di kampus dan setelah presentation, HE pulang sahaja. Isteri dan adik-adik membuat surprise party dengan kek dan hadiah. Terima kasih. 

29 April

Odaiba, originally uploaded by hairieusoff.

Ke Tokyo hari ini untuk eksplorasi dalam masa sehari. Walaupun tidak dapat melawat ke semua tempat sekurang-kurangnya asas metro itu telah dilawati. Bermula dengan Harajuku, kawasan fesyen muda-mudi Jepun, melewati kawasan terkenal Shibuya yang terkenal dengan lintasan dan Hachikonya. Dari situ kami ke Asakusa, merupakan kawasan kuil yang terkenal di Tokyo. Pun begitu, hajat kami bukan ke kuil tetapi kekedai cenderamata yang jelas keJepunannya. Dari Asakusa, kami ke Shimbashi untuk ke bangunan Nitere, sebuah stesyen TV jepun dan dari situ menaiki keretapi melintasi Rainbow Bridge yang terkenal ke Odaiba sebuah bandar tebus guna. Di sana menempatkan AquaCity, Miniatur Statue Of Liberty dan juga bagunganstesyen TV Fuji. Selesai di sana, Kami melawat Menara Tokyo, sebuah lambang telekomunikasi jepun yang mana ia merupakan ilham dari Eiffel Tower di Paris. Pulang ke rumah. Penat yang amat sangat.

30 April

Rehat

1 dan 2 Mei

Hakone, originally uploaded by hairieusoff.

Ke hakone sebuah kawasan berhampiran Gunung Fuji dan ke Yokohama.

3 Mei

menghantar adik pulang di lapangan terbang Narita.

Advertisements

8 thoughts on “>Menyambut Kehadiran Adik-adik Di Jepun

  1. >Fuh….hari yang panjang bukan? Tetapi bermakna kerana dapat bertemu muka dengan adik-adik.Happy belated birthday HE.Semoga baik-baik belaka dan dirahmati selalu. Amin.

  2. >Rasa sekejap je seminggu..ada rezeki..nak pergi lagi…psst….nape anty nini nmpk amat gemuk dalam gmbr kt ferris wheel tu..wuwuwuwuwuwuuuuuuuuu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s