>

Stadium cadangan untuk upacara pembukaan dan penutupan di Odaiba.

Jepun, khususnya Tokyo merupakan 5 calon terakhir bandar yang bakal terpilih untuk menjadi tuan rumah sukan Olimpik Musim panas 2016.

Suruhanjaya Penilaian IOC sedang melawat Tokyo untuk menilai kemampuan bakal tuan rumah untuk sukan mahsyur itu kelak. Suruhanjaya ini berada di Jepun dari 14 hingga 19 April untuk penilaian. Ia diikuti Rio de Janeiro (Brazil) dari 29 April hingga 2 Mei, dan terakhir Madrid (Sepanyol) dari 5 hingga 8 Mei. Sebelum Tokyo, Suruhanjaya ini telah melawat Chicago (Amerika Syarikat) pada 4 April lalu.

Televisyen di Jepun beria-ia menampilkan keinginan Jepun untuk memenangi bida ini. Khususnya pendekatan yang berbeza berbanding pembidaan bandaraya Osaka untuk sukan olimpik 2008 yang dimenangi Beijing. Dalam ucapan aluan kepada suruhanjaya ini, Perdana Menteri Jepun, Taro Aso menggunakan Bahasa Inggeris tidak seperti Perdana Menteri sebelum ini yang menggunakan Bahasa Jepun. Datuk Bandaraya Tokyo juga berusaha menggunakan Bahasa Inggeris untuk ucapannya.

Orang Jepun sudah mula melihat kepentingan Bahasa Inggeris sebagai wadah dunia tetapi mereka masih orang Jepun yang menuturkan bahasa ibunda. Mereka dikatakan maju kerana Bahasa mereka ataupun menggunakan Bahasa Jepun. Pun begitu untuk survival masa depan, mereka melihat Bahasa Inggeris juga suatu elemen survival kemajuan “hari esok”.