>Ramai Jepun di Malaysia pada 29 April – 5 Mei

>29 April sehingga 5 Mei dikenali sebagai Golden Week (大型連休 : Ogata Renkyu) di Jepun. Ini kerana pada waktu ini, ada deretan cuti umum.

29 April merupakan Hari Shouwa (昭和の日 : Shouwa no hi).

3 Mei merupakan Hari Peringatan Perlembagaan (憲法記念日 : Kempoukinenbi).

4 Mei merupakan Hari Alam Sekitar atau di kenali sebagai hari Hijau (みどりの日 : Midori no hi:).

5 Mei merupakan Hari Kanak-Kanak  (こどもの日 : Kodomo no hi).

Lazimnya orang Jepun akan keluar negara untuk bercuti ketika ini. Selalunya ke Hawaii, Amerika dan Eropah. Namun kali ini sedikit berbeza.

Rencana TV Fuji pagi ada menyatakan untuk Minggu Emas tahun ini berlaku peningkatan mendadak terhadap percutian orang-orang Jepun. Destinasi Minggu Emas 2009 bagi orang Jepun ialah Malaysia. Peningkatan sebanyak 330 peratus.

Kajin rambang menunjukkan kesan kemelesetan ekonomi dunia juga telah memberi kesan terhadap polar permintaan pelancongan penduduk Jepun. Peralihan itu dijelaskan dengan minat orang Jepun yang suka melancong khususnya berkaitan dengan makanan dan membeli belah barangan mewah. 

Memandangkan kemelesetan ekonomi Jepun, kuasa beli orang Jepun telah menurun. Namun, permintaan (nafsu) orang Jepun terhadap barangan berjenama dan mewah tetap kekal, maka Malaysia telah didapati menjadi syurga membeli barangan mewah dengan nilai yang rendah berbanding negara lain, ia merupakan perbezaan yang agak kecil berbanding Korea Selatan yang juga akses orang-orang Jepun terhadap barangan mewah.

Satu lagi fakta menarik minat mereka ialah kepelbagaian bangsa di Malaysia. Mereka memang gemar membelanjakan wang untuk makanan. Justeru, kepelbagaian Malaysia juga telah menyediakan kepelbagaian jenis makanan dari Melayu, Cina dan India di dalam satu tempat.

HE kira pelancongan Malaysia perlu mengagrasifkan lagi  usaha menarik pengunjung Jepun dan ia boleh diggerakkan melalui promosi makanan Malaysia di Negeri Matahari Terbit ini. Banyak rancangan TV nya berkaitan dengan makan.

ps:Restoran Malaysia di Jepun, jangan pula suka tutup di hari minggu!

One thought on “>Ramai Jepun di Malaysia pada 29 April – 5 Mei

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s