>Pilihan

>Kala desir pawana musim bunga menderu-deru mengusap muka ini, rasanya jiwa ini baru menyedari yang masa begitu pantas diorak. Gelodak di dalam semakin galak pantas mencari saat menjejaki tanah tumpah nun jauh di sana. Apa ertinya itu? Ia disimpulkan sebagai Rindu. Di seberang sana insan-insan mengucapkan kangen. Ya benar sekali, pada saat kejauhan, hati berkata rindu. Kala mata bertentang mata, rasa itu tidak pula terwujud. Kenapa? Kerana hati selalu mengambil ringan akan sesuatu. Hati lebih mudah berbicara tentang persepsi jangka terdekat.

Andai hati mampu meneroka kejauhan waktu yang bakal ditempuhi, pasti ia akan lebih berhati-hati dalam menentukan tindakan. Lumrah. Itu limitasi manusia seperti diri ini. Andai masa depan mampu diteroka, pasti manusia akan patuh menyusun kehidupannya tetapi inilah kejadian diri yang diberikan limitasi sebagai seorang hamba. Hamba pada yang Maha Esa.

Atas limitasi itulah, wujudnya pilihan. Kejadian di dalam ciptaan Yang Maha Esa ini berpasang-pasangan sejak azali lagi. Atas itu, jiwa terus diberikan pilihan. Adam dan Hawa, memilih untuk menuruti nafsunya sehingga menjadi ciptaan pertama di muka bumi ini. Qabil dan Habil diberi pilihan untuk menentukan hidup dan piliahn itu akhirnya menjerumus kepada sebuah peperangan kehidupan manusia yang pertama.

Apa juga pilihan selalunya jiwa akan menggerakkan melalui apa yang dipercayai. Kepercayaan itu pegangan yang mendasari pilihan kita. Kadang kala, biar jelas dipandangan sesuatu perkara, hati tetap tidak menerima. Kerana apa? Kerana hati percaya apa yang ia mahukan. Maka pilihan akan tetap tersasar dari kebenaran.

Pun begitu, kebenaran hanya mampu ditentukan oleh Tuhan. Jiwa, Insan kerdil seperti aku tidak mampu mengaku pilihan mana yang benar mahu pun salah. Kerana itu Tuhan menganjurkan hambaNya beristikarah, memohon, meminta petujuk agar hati bisa dibantu untuk memilih.

ps: Sungguh ironis melihatkan status sahabat di FB melabelkan pemilihan sahabat-sahabatnya bijak sedangkan kebijakan itu penilaian tuhan.

3 thoughts on “>Pilihan

  1. >HE, pawana itu tidak dengan sifat desir. Pawana (rujukan kamus DBP) sifatnya ribut ganas. Mau tercampak HE sebelum sempat membuat pilihan. Mungkin sesuai dengan bayu/angin mendesir… :pKita bernasib baik kerana Islam ada jalan bagi setiap kekusutan. Sukar memilih, istikharah tuhan tunjukkan. Begitulah tingginya nilai agama islam dlm nubari manusia ciptaanNya.

  2. >iya..benar sekali mengikut bahasa desir dan pawana itu terpakai secara sengaja supaya mewujudkan kontra teramat dan ambiguiti untuk kalian sendiri mentafsirkan fikiran saya….. apa pun terima kasih atas ingatan itu…mungkin saya perlu menulis lebih cermat pada masa akan datang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s