>Hanami (花見) II

>

Entri lepas berkaitan Hanami (花見), HE bercerita tentang perkelahan HE. Kali ini rasanya hendak menyambung tentang apa yang HE pelajari dari Hanami.

HE baru tahu yang Sakura ada pelbagai jenis. Pelbagai warna. Pun begitu HE tidak tahu kesemua jenisnya. Cukup HE senaraikan  beberapa sahaja di sini.

(ソメイヨシノ: Someyoshino)

Kelopaknya agak menghampiri putih tetapi ada sedikit warna merah jambu. Ia mempunyai kelopak yang lima dan di tengahnya mepunyai stigma.

Someyoshino Sakura, originally uploaded by hairieusoff.

 

(シラユキ: Shirayuki)

Lazimnya sakura ini banyak berkembang sekitar sungai Arakawa. Asasnya putih seperti Someyoshino tetapi ia lebih kehijauan. Kelopaknya juga ada lima. Putiknya selalunya berwarna merah jambu.

Shirayuki, originally uploaded by hairieusoff.

 

(ヤエベニシダレ: Yaebenishidare)

Lazimnya sakura jenis begini mempunyai tangkai berjuntai. Menurut teman isteri HE, sakura ini banyak tumbuh di Kyoto. Ia mempunyai warna yang agak terang khususnya merah dengan banyak lapisan kelopak lebih kurang 15 kelopak.

Yaebenishidare, originally uploaded by hairieusoff.

Banyak lagi jenisnya tetapi memandangkan HE kurang arif membezakan dan tiadak ada maklumat dari rakan-rakan-rakan. HE berikan tiga sahaja jenis sakura seperti di atas. Ada juga kelopaknya yang banyak seperti bunga kekwa dan pelbagai lagi. 

Bunga-bunga seperti ini berbeza-beza jenisnya, manusia juga begitu. Kita dituntut mengenali perbezaan tetapi mencari persamaan untuk kerukunan hidup. Semoga keamanan tertegak di persada bumi.

Advertisements

3 thoughts on “>Hanami (花見) II

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s