>Hanami (花見)

>

 

Hanami, originally uploaded by hairieusoff.

Akhirnya dapat berhanami. Hanami (花見) secara bahasanya adalah gabungan kata Bunga (花:Hana) dan Lihat (見:Mi). Secara literalnya ia bermaksud menikmati keindahan bunga khususnya Sakura. Dua kata itu apabila digabungkan akan wujud sebagai sebuah acara informal sosial dalam masyarakat Jepun. Secara mudah ia adalah perkelahan orang-orang Jepun di taman-taman pabila bunga sakura berkembang. Lazimnya ia dilakukan sekitar Mac dan April.

HE buat pertama kalinya berhanami dengan keluarga. Sebelum ini agak sibuk menguruskan perpindahan dan juga urusan universiti dan kali ini merupakan waktu terbaik untuk berhanami sepuasnya kerana tahun depan tidak mungkin berkesempatan lagi.

HE ke Taman Shinjuku (新宿御苑 Shinjuku Gyoen). Sebuah taman di dalam metropolis Tokyo. ia merupakan kawasan taman di Raja sebelum dibuka kepada umum pasca perang Dunia kedua.

Dengan bayaran 200 yen bagi orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun, taman itu dikunjungi ribuan orang untuk berhanami. HE terpaksa beratur panjang sebelum masuk memandangkan ramai berpusu-pusu mahu berhanami di hujung minggu.

Ramai yang datang berkeluarga dan tidak kurang juga mereka datang dengan kekasih melepaskan waktu romantis. Di taman ini, mereka tidak membenarkan membawa alkohol kerana di khuatiri mabuk dan menyebabkan gangguan kepada pengunjung lain. Di taman Ueno (sebuah lagi taman – tanpa bayaran), ramai pegawai keselamatan dikerah di taman tersebut kerana kes mabuk yang melampau .

Di Shinjuku Gyoen ini, HE bersama isteri dan teman isteri HE menjamu selera dengan ala kadar. Kehadiran kami hanya mahu merasai suasana hanami dan melihat perilaku masyarakat Jepun berhanami. Pun begitu tidak boleh menidakkan tujuan utama ialah mengambil gambar bunga Sakura yang pelbagai warna.

染井吉野 Somei-yoshino, originally uploaded by hairieusoff.

Rupanya bunga sakura ada pelbagai jenis dan ia berkembang pada waktu yang berbeza. pada kali ini HE pergi melihat sakura (染井吉野 Somei-yoshino) yang agak popular dengan warna putihnya dan kelopaknya yang lima.

Hampir 3 jam di sana, HE pulang kerana anak-anak pun sudah letih duduk setempat. Orang Jepun akan sambung sehingga malam. Bermabuk-mabukan dan bergembira sambil melupakan stress. Menariknya untuk berhanami ini, mereka ada yang membentang alas seawal pagi danmenunggu rakan. Adakala mereka bermalam di taman untuk mendapatkan kawasan yang menarik.

Sebuah pengalaman menarik untuk dirasai dan diteladani. Hanami (花見) bukan sahaja kisah melihat bunga tetapi ia juga sebuah pentas melihat manusia dengan pelbagai ragamnya.

8 thoughts on “>Hanami (花見)

  1. >waa…merdekanya cucu2nenek tu…kalau tak ari2 si arisa tutengok muka kakaknya ajengan papa & mamanya .siap duduk mcm orang besarnasib baik tak merangkak2.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s