>Sakura Odawara

>

 

Sakura Odawara 3, originally uploaded by hairieusoff.

Semalam HE kononnya nak berhanami di Odawara. Hanami, adalakh aktiviti lazim sebahagian rakyat Jepun ketika sakura berkembang. Mereka akan berkelah dipersekitaran pokok sakura, menjamu selera dan berkumpul sambil menikmati sakura yang berkembang.

HE dan keluarga ke Odawara, sebuah pekan lama di selatan daerah Kanagawa ini. Di sini ada sebuah istana lama dan sekitarnya banyak pokok bunga sakura. Ramai juga datang di sini kononnya nak berHanami tetapi seakan-akan hampa kerana bunga sakura masih belum berkembang sepenuhnya.

Menurut TV lebih kurang sebulan lalu, di kawasan Tokyo dan sakura akan berkembang penuh sekitar 26 Mac dan akan berlarutan selama seminggu. Nampaknya, sakura belum belum juga berkembang seperti dijangka. Malah cuaca juga kembali sejuk.

Cuaca dunia semakin membingungkan. Sakura masih ragu-ragu menunjukkan wajahnya.

Sakura Soft Ice, originally uploaded by hairieusoff.

Adia pula tanpa malu-malu berlarian hampir keseluruhan kawasan istana itu mengejar merpati. HE dengan kudrat seberat ini, terpaksa juga berlari sama tangkas mengepungnya. Selesai berlari, Adia mahukan aiskrim. Ais krim sakura. Memandangkan sekitar bulan ini adalah musim bunga dan bunga sakura berkembang, pelbagai makanan berasaskan sakura dijual. Aiskrim, pulut dan sebagainya ada dengan perisa sakura.

Menelan aiskrim dalm sejuk seperti pelik tetapi biasa sahaja disini. Malah di Hokkaido semasa HE melawat Festival Salji pada Februari lepas, mereka ada jual aiskrim. Suhu bukan alasan buat kita menidakkan sesuatu. Jika mahukan sesuatu tiada alasan harus kita beri tetapi usaha yang mendatangi.

Advertisements

2 thoughts on “>Sakura Odawara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s