>

Hyewon-Miindo, originally uploaded by nyaong.

Saya baru sahaja menonton filem Korea berjudul Portrait of a Beauty. Asalnya saya menonton drama Korea akibat kegilaan saya dan isteri saya berkaitan drama periodic Korea. Kami terjumpa sebuah drama berjudul Painter Of The Wind atau dalam terjemahan dari Bahasa Korea berjudul Angin Taman Bunga. Ia mengisahkah 2 pelukis terkemuka Korea era pemerintahan Raja Jeong Jo. Ia dipetik dari Novel berjudul sama. Novel sama juga telah menghasilkan sebuah filem berjudul Miindo (Portrait of a Beauty) namun pendekatannya sangat-sangat berbeza.

Saya sangat teruja untuk menonton dramanya dan ingin membandingkan dengan filemnya. Saya dan isteri menonton di kala malam. Ia sangat “terbuka”. Saya tidak pasti adakah benar-benar Korea begitu terbuka perihal seksualnya. Pengarahnya agaknya terlalu teruja menampilkan sisi hitam watak di dalam cerita ini. Filem ini sekadar sisi gelap setiap watak. Boleh dikatakan juga, persembunyian watak orang-orang Korea. kata orang Hidden Face orang-orang Korea barangkali.

Saya percaya setiap manusia ada menyembunyikan sesuatu. Wajah mereka ada sedikit “kegelapan” yang berselindung. Pelukis dunia yang sohor, seperti Da Vinci juga sering melakar gambar dengan erti-erti tertentu. Maksudnya jika zahirnya kita lihat gambar itu dalam sebuah ekspresi tertentu, ia ada maksud sebaliknya. Begitu juga filem ini, mungkin elemen seorang pelukis perempuan yang menyamar sebagai lelaki memberitahu saya yang manusia itu memang wujud dua watak. Cuma di manakah watak itu menjadi dominan. Justeru, saya merasakan apabila penentuan watak itu tersasar, dan dalam masa yang sama sisi sebaliknya meronta untuk diketengahkan, masalah akan terwujud.

Zahirnya filem ini tidak seorang pun menarik perhatian saya dari segi lakonannya tetapi saya sangat suka dengan gambar-gambarnya. Ia sungguh cantik. Pun begitu keindahan di dalam drama Painter Of The Wind lebih mengujakan saya dengan penggunaan CGI.

Tak mengapalah. Apa juga komen saya, mungkin tidak sama dengan menontonnya. Orang putih kata Action speaks louder than words. Tengoklah sendiri. Lain orang-lain pandangan. Pun begitu saya telah mengenali sesuatu.