>Aku Pegawai Kerajaan

>

pemandangan dari monumen alaf baru oleh 284/88

Ada beberapa kali membaca tentang kakitangan awam yang dikatakan “makan gaji buta”. Ya. Ada kebenarannya. Saya kira di mana-mana pun ada. Baik di swasta mahupun sektor awam. Sektor awam itu terlebih jelas kerana ia satu sektor yang sangat besar.

Beberapa dada akhbar dan ruangan forum dengan tajuk pelbagai menjurus kelemahan terhadap kakitangan awam menarik minat rakyat Malaysia. “Ada kakitangan awam berniaga waktu kerja”, “Kakitangan awam perlu fokus pada tugas, amanah”, “50,000 kakitangan awam terjebak skim cepat kaya” dan pelbagai tajuk berkaitan kelemahan dan kejelekan kakitangan awam boleh dibaca di surat khabar.

Hari ini isteri mengadu kepada saya kerana grup forum rakan-rakan sekolejnya dulu, berulang-ulang lagi menyatakan kakitangan awam ini tidak itu dan ini. Ibaratnya, buruk sahaja pada pandangan rakannya itu terhadap kakitangan awam.

Sekali lagi, saya akui memang ada kelemahan pada kakitangan sektor awam tetapi saya juga melihat ada juga sebilangan pekerja di sektor swasta juga berperilaku yang sama. Kita kerap melakukan generalization terhadap sesuau perkara. Padahal ia sebuah falasi agong. Kesilapan itu akan memberi tanggapan besar dan jika orang lain terpengaruh, adalah menjadi satu salah anggapan. Ini sesungguhnya melanggar moral dari segi sosial.

Saya suka menyatakan, saya pegawai kerajaan dan kebanyakan kakitangan awam berpegang, siapa pun yang memerintah, itu adalah tanggungjawab melaksanakan kerja terhadap pemerintah (tidak kira parti). Kata orang kakitangan awam cuka cuti, suka makan waktu kerja, suka berjual beli semasa waktu kerja, menguruskan hal anak sewaktu kerja dan sebaginya. Ya memang ada dan saya juga melihatnya tetapi saya juga melihat sebahagian mereka melakukan kerja juga pada waktu cuti atau selepas waktu pejabat. Mereka ini, tidak pula membuat tuntutan. Tambahan pula jika mereka dalam ketegori pegawai mereka hanya boleh membuat tuntutan untuk cuti sahaja dan bukannya wang ringgit.

Teman saya menjaga bilik pelayan (server) di sebuah agensi kerajaan, dia dalam kedudukan on-call. Jika ada masalah sekalipun, dia akan datang ke pejabat untuk menyelesaikan masalah tidak kira cuti. Dan dia tidak menuntut sebarang cuti atau wang kerana itu tanggungjawabnya. Berbeza pula saya lihat pada sebahagian swasta. Jika hendak memanggil mereka, terpaksa bayar, padahal sudah dibayar dalam kontrak (jika saya mahu membandingkan secara bodoh dalam perkara ini). Mereka ini berkata, itu adalah tugas profesional maka setiap kali dipanggil, perlu dibayar. Maka, bagaimana pula kakitangan yang kadang kala membuat kerja profesional tetapi hanya menerima gaji bulanan walau dipanggil untuk tugas-tugas tertentu dan bukan dalam senarai tugas mereka?

Saya juga bekerja pada waktu hari cuti umum. Isteri saya bersalin anak pertama dan saya sepatutnya mempunyai cuti 7 hari yang diberikan untuk tujuan itu tetapi saya tetap bekerja kerana tutntutan tugas untuk diselesaikan. 

Ada yang menguruskan anak semasa waktu kerja? Ya memang ada. Saya mungkin menguruskan anak yang perlu diambil dari pusat jagaan tetapi kami mengambilnya dan membawa ke pejabat. Kerana apa? kerana mahu menyelesaikan kerja.

Ada yang makan pada waktu pejabat. Ya ada tidak semua. Saya juga ada seorang rakan yang berumah tangga di pejabat kerana mahu menyiapkan kerja. Jadi, kadang kala, atas belas kasihan, pegawai atasan membenarkan mereka membenarkan mereka makan pada waktu kerja. Kerana apa?Sesetengah kerja mungkin tidak boleh selesai pada waktu pejabat. Kerja-kerja seni, pemprograman dan sebagainya, mungkin memerlukan kreativiti yang datang pada waktu tertentu. Jadi mungkin penyelesaiannya dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi. Jadi adakah mereka ini terpaksa bekerja 24 jam? Jadi ada budi bicara terhadap mereka ini.

Mungkin entri ini, kalian kata saya membuat alasan. Ya saya memberikan alasan kerana pada empunya diri, tiada rasa mahu “memakan gaji buta”. Cuma, kakitangan awam juga manusia. Bukan robot.  Jika ada kelemahan di sana-sini, itu suatu lumrah, tiada yang sempurna. Tetapi usah kalian menidakkan mereka yang bertungkus-lumus bekerja. dan usah menampakkan yang di sektor swasta itu segalanya sempurna.

Sekali lagi setiap kali kalian berkata kakitangan kerajaan itu dan ini, sila kata…”sesetengah daripada mereka”…atau “tidak semua kakitangan kerajaaan”….dan di situ menjelaskan kalian benar-benar ikhlas dalam menyampaikan idea/teguran kepada kakitangan awam.

10 thoughts on “>Aku Pegawai Kerajaan

  1. >salam…hehehe.. sama jer, koje gomen @ swasta, tetap kerja , tetap perlu jalankan tgjawab & amanah.it's all about attitude. Attitude yang tidak kesah, samada gaji yg dpt barakah @ tidak.. kakyong memang kerja swasta, jadi budaya kerja yg kakyong adapt, adalah budaya kerja 'berlari'.. meaning semua kerja perlu disiapkan dlm tempoh yg terhad. kakyong juga pernah buka firma konsultansi, pernah memberi khidmat di badan berkanun kerajaan.. budaya kerja diorang, i will say 80% go to the drain.. HOD byk yg amik kesempatan, punch card b4 8, tp lepas punch card, g bfast dgn wife kat luor (walhal ade kantin disediakan), pukul 9 lebih baru nampak muka.. then pukul 10 hilang lagi.. pukul 11.30 baru nampak muka lagi.. then bila dah janji nak meeting jam 2 ptg.. hampir pkl 3 ptg baru balik dr lunch.. i was there for 6 months.. bila kakyong bentangkan report.. huhu.. memasing tuding jari kat memasing (top management).. gaduh sana-sini.. now dah lebih 8 bulan, i dont bother what happend to them.. lagipun kakyong sudah happy being SAHM now…cuma kakyong kesian kat kerajaan negeri perak, duit byk terbazir pd perkara2 yg tak sepatutnyer… huhuuu.. malas nak pk hal negeri, negara.. hal dlm rumah pun tak terjaga…

  2. >mmg org dah set negatif kat staff gomen..saya kdg2 bawak baby g ofis pd hari sabtu and tak dibayar overtime atau elaun ye sbb pegawai..tp demi nak siapkan kerja dan kerja tu tak boleh nak delegate so buat jugak sbb xnak susahkan org lain khususnya klien ye..tp org luar tak peduli pun..staff gomen tetap pemalas pd mata mereka..wat to do

  3. >kerja mana2 mmg sama.ya setuju about attitude. but sometimes..money counts…saya kerja di kerajaan pun berlari..kerja dengan due datepengalaman kakyong dengan kakyong mungkin hanya sebahagian dan tidak mengambarkan keseluruhan.pasal kerajaan negeri perak..no commento

  4. >saya kerja dengan swasta sudah 8 tahun, sentiasa kena cepat bertindak dan mesti pantas berfikir, saya ada cadangan iaitu…sebelum mengambil pekerja baru terutamanya graduan, pastikan mereka ini pernah berkerja dengan swasta selama min 2 tahun.ini tujun untuk membiasakan diri mereka dengan suasana kerja yang pantas, kalau korang tak percaya ramai orang bumiputra selalu hantar assignment last minute kepada pensyarah..so boleh tahu apa akan jadi jika mereka ini kerja dengan kerajaan secara langsung tanpa ada pengalaman kerja dari syarikat swasta, lagi satu mereka ni amat payah dibuang kerja bila sudah conform jadi kakitangan kerajaan.

  5. tapi rasanya 80% kakitangan kerajaan mkn gaji buta kerana mmg tiada langsung pantauan dari luar… semua dalaman…. sepatutnya da lama ambil pendekatan cara pengurusan syarikat antarabangsa…. saya amat berharap perubahan berlaku untuk kesejahteraan anak cucu saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s