>

Ah! Sekali lagi menggilai drama Korea. Genre periodic menjadi kegemaran HE. Payahnya menonton drama bersiri Korea ini kerana episodnya yang panjang. Isteri mengajak sekali lagi. Beberapa hari lepas menonton drama Hwang Jin Yi. Drama perkisahan kehidupan Geisha ala Korea. Mulai semalam menonton drama berjudul 바람의 화원 (Ba Ram Eui Hwa Won) yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, Bayu Taman Bunga (tajuk dalam bahasa Inggerisnya – Painter Of The Wind). Mujur kali ini hanya 20 episod, jadi tidak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.

Ada sedikit persamaan era latar ceritanya dengan drama 이산 (I-san). Perkisahan zaman Raja Jeong Jo dalam pencarian konspirasi pembunuhan bapanya Raja Sado. Malah memaparkan juga era kegemilangan pelukis denasti Chosun Korea. Di dalam Yi San, percintaan Yi San (Raja Jeong Jo) dan Song-yeon (pelukis wanita) yang terpaksa berhempas pulas melawan kebudayaan korea untuk diangkat sebagai pelukis istana akhirnya menjadi salah seorang isteri Yi San. Di dalam Ba Ram Eui Hwa Won, pelukis wanita dipaparkan menyamar sebagai lelaki dan dalam masa sama membantu Raja dalam penyeesaian konspirasi istana.

Drama sebegini memang lumrah dengan tawa tangis tetapi yang penting bagaimana kupasan dan elemen-elemen dramatik yang mereka cipta untuk menarik kita untuk menonton. HE kira perkara sebegini perlu kita pelajari dalam penceritaan dan penulisan skrip dan lakon layar.Selain itu, menariknya draa ini ialah CGInya dan suntingannya. Babak trnsaformasi lukisan kepada kehidupan sungguh mengujakan HE. Tonton la!