>

Barrier Reef at low tide, originally uploaded by FLEMING2009.

Menggunakan tagline Kerja Terbaik di Dunia, Pihak Tourism Queensland, daerah Terumbu Karang Terpanjang di Dunia mencari penjaga kawasan terumbu tersebut. Ia mempelawa calon-calon dari seluruh dunia.

Semalam, menonton TV di Jepun ini. Mereka menceritakan tentang seorang Jepun yang menjadi salah seorang 40 calon saringan selepas ditapis dari beribu-ribu permohonan. Sesuatu yang menarik, untuk memohon jawatan ini, calon hendaklah menghantar video mereka dan menyatakan sebab mereka layak memegang jawatan itu. Meiko, wanita yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya terpilih. Walaupun bukan begitu fasih berbahasa Inggeris, dia layak kerana videonya mungkin melihat kesungguhannya. Meiko berkata dia akan terus memantapkan penguasaan Bahasa Inggerisnya untuk jawatan itu.

Kenapa ia jawatan yang terbaik? Kerana, tugas jawatan ini, selain memberi makanan dan menjaga hidupan sekitar kawasan terumbu tersebut, tugas utamanya ialah meneroka kawasan yang menjadi warisan dunia itu dan melaporkan di dalam blog, video dan diari foto. Seronok bukan?