>Adia dapat Ferrero Rocher dari Hiroki kun

>img_2862

Hari ini isteri mengambil Adia dari kelas Bahasa Inggerisnya. Kata isteri, Adia dapat bungkusan dari kawannya.

Semasa balik dari kelas, budak lelaki yang karib dengan Adia itu berlari ke arah Adia dan mencuit-cuitnya. Adia hanya melambai-lambai. Isteri dan HE berkata, agaknya budak itu mahu melihat respon Adia terhadap pemberiannya. Kami agak terkejut juga dengan pemberian itu maklumlah kami agak asing bagi kebanyakan masyarakat Jepun. Mereka sudah terbuka, kata sanubari.

Di rumah, bungkusan dengan riben merah itu berisi cokelat Ferrero Rocher. Kata Adia ia pemberian teman karibnya Hiroki.

HE dan isteri menyakat Adia: Wah! Adia dapat cokelat dari Hiroki Kun…Dapat cokelat White Day….

Adia, walaupun tidak berapa faham apa yang dikatakan kedua ibu bapanya itu menjawab: Tak adelah! (yang penting dia dapat cokelat/makanan/hadiah).

White Day: Sambutan seperti Valentine Day yang diadakan pada 14 Mac (sebulan selepas Valentine Day). Di Jepun pada Valentine Day, perempuan akan memberi cokelat kepada si lelaki dan pada White Day, lelaki akan memberi cokelat kepada wanita.

5 thoughts on “>Adia dapat Ferrero Rocher dari Hiroki kun

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s