>Anjing

>

  

Funny Japanese sign 4 – Pooper Scooper, originally uploaded by steeev.

Balik dari kelas engleesh (seperti kata Adia untuk English) tadi, cuaca agak muram tetapi tidak hujan.

Kami berjumpa dengan seorang wanita dengan seekor anjing. Di Jepun, pembela anjing akan membawa peliharaannya itu berjalan setiap hari bagi menghalang stress anjing.

Konnichiwa. Adia

Konnichiwa. Wanita tua itu.

Adia des. Adia

Ne Ne chan des. Wanita itu menunjuk anjingnya. Dia mahu menghulurkan anjing itu kepada Adia tetapi Adia lari. Mamanya sudah lama lari.

Selain takut, najis anjing mungkin diangkut oleh tuannya kerana di Jepun najis anjing peliharaan mereka akan diangkut pulang. Tidak seperti di Malaysia, najisnya dibiar sahaja bersemadi dimana-mana.

HE: di sekolah dahulu, para pengawas dipanggil Anjing.

2 thoughts on “>Anjing

  1. >kat kwsn perumahan aku ni..cukup geram dgn jiran2 cha ya nun alip dan kaf lam ya nga yang duk bawak sanpo anjing mereka tapi biar bersepah gituh jer…aku pernah kena bawak sanpo anjin okaasan aku… waktu malam masa fuyu yasumi dulu…uwaaa..merasalah kutip taik si jiro tuh bawka balik….* me pernah kena panggil ketua anjing kat mrsm dulukk ekekeke..siap kena pukul lagi sampai kes polis…eheheh..tp sib baik xcacat…

Tinggalkan komen