>

Arisa menangis.

Adia kata: sendri buat… (dengan pelatnya).

HE berkata di dalam hati, pandai sungguh anak aku yang seorang ini menjadi pelapor. Yang pasti adiknya menangis itu bukan kerana kesalahan dia. Bijak, bijak.

Tak mengapalah Adia. Adia rasa itu kebenaran. Nanti sudah besar, yang hakiki itu milik Allah. Kebenaran itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kita mungkin rasa benda itu benar tetapi Allah juga Yang Maha Mengetahui.

Di negara kita, mereka melaungkan berani kerana benar. Di sebelah sini mengaku mereka benar, dan di sebelah sanajuga  mereka mengatakan mereka benar. Aku, aku hanya serah pada Allah dan moga memberikan petunjuk. Tugas kecil ku, mendoakan kesejahteraan negaraku. itu sahaja yang sendiri aku yang buat…