>Kata Dulang…

>

Di Jepun, pembangkang mengatakan Perdana Menteri Taro Aso perlu letak jawatan kerana ada ahli kebinetnya tidak まじめ (dibaca majime atau maksudnya tekun bekerja) dan mengantuk serta tertidur di Forum Dunia di Rom. Di Jepun memang begitu sifat masyarakatnya. Jika sub ordinat dirasakan tidak berprestasi dalam kerja, maka ketua perlu bertanggungjawab kerana memilih pekerja di bawahnya. Bagus, HE suka cara itu. Namun ada juga buruknya kerana mereka sentiasa bertukar Perdana Menteri/ketua kerana terlalu mengikut suara sekeliling. Akhirnya fokus pembangunan sesebuah kumpulan akan tersasar.

Beberapa hari lepas ketua pembangkang di Jepun, Ozawa yang kerap kali menyuarakan kepincangan Taro Aso dan Perdana Menteri sebelum ini, telah dibebani masalah kempimpinannya kerana setiausahanya melakukan pecah amanah. Ibarat mengata dulang, paku serpih.

Justeru, sebelum melontar sebarang kata kepada orang lain, pandang-pandang dan jeling-jeling diri kita juga. Bukan begitu? Kalau kita rasa betul, benarkah telahan kita betul? Tetapi memang kita akan selalunya percaya apa yang kita hendak percaya dan kita mahukan ia menjadi seperti apa yang kita percaya kerana kepercayaan kita kadang kala didasari dengan emosi dan menyokong kuat sebagai suatu kebenaran.

HE: Kepercayaan kepada Allah.

3 thoughts on “>Kata Dulang…

  1. >HE, ada tak apa-apa respon daripada masyarakat Jepun (in any way, if any) tentang keadaan politik Malaysia? I hope this is not a weird question.

  2. >Bayan:Setandan pisang….KNB:Setakat ini, tiada interest yg ditunjukkan dalam media Jepun tentang politik Malaysia. Saya melihat Jepun hanya mahkan berita tentang rakyatya dan interest rakyatnya di luar negara berbanding politik. Jika ada pun pilitik di Amerika kerana kepentingan Jepun banyak di sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s