>Hinamatsuri 雛祭 – Hari kanak-kanak Perempuan

>

 

Hinamatsuri 雛祭, originally uploaded by St Stev.

Kita ada dua orang anak perempuan. Isteri.

Kena sambut 雛祭 lah. sambungnya berseloroh.

雛祭 (dibaca dengan Hina Matsuri atau festival kanak-kanak perempuan) lazimnya disambut pada 3 Mac setiap tahun di Jepun. Namun ia bukan cuti umum.

Kerap kali sambutannya diiringi dengan hiasan patung setinggi tujuh tingkat/platfom.

Kita ada dua anak perempuan, nampaknya kena dua platform lah. Isteri.

Tidak pasti sama ada bilangan aras mewakili bilangan anak perempuan yang ada tetapi setiap satu aras ibarat ahli keluarga. Tingkat atasnya ada pasangan patung lelaki dan perempuan (Maharaja dan Maharani). Seterusnya ada ahli keluarga perempuan. Rasanya kalian boleh cari erti setiap aras di Wikipedia. Pun begitu, HE mendapat tahu, rambut-rambut yang dibuat untuk patung ini adalah dari rambut manusia. Gerun juga mendengarnya. Padanlah juga dengan anggapan mereka patung-patung ini mempunyai semangat-semangat tertentu.

Patung-patung ini, agak mahal. Masakan tidak ia dipakaikan dengan gaya busana istana lampau khususnya era Heian. Pakaian lama khususnya golongan atasan dan pemerintah di Jepun disarung dengan beberapa lapis. Malah kainnya juga bukan dari jenis yang murah.

Kita memang tiada sambutan sebegini. Tiada upacara meraikan anak-anak perempuan kita. Tetapi anak kita tetap diraikan bila-bila masa kerana mereka ini penyambung kehidupan kita pada masa depan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, kejadian mereka adalah tanggungjawab kita melangsungkan kehidupan mereka sebagai manusia yang dituntut oleh Allah. Kita mencalitkan warnanya dan kita yang melakar coraknya.

Sebagaimana hadis popular yang biasa kita dengar, ayuh hayatinya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

4 thoughts on “>Hinamatsuri 雛祭 – Hari kanak-kanak Perempuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s