>Suatu Penghormatan Buat Guru Bahasa Jepun Ku

>

Aku menonton Oshin pada tahun 1986. Ia di dalam Bahasa Melayu. Aku dalam darjah 6 sebelum berangkat ke Kolej Melayu pada 1987. Ia suatu permulaan terhadap Jepun iaitu negara menjadi arah Dasar Pandang Ke Timur ilham Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar 1982. Ia tidak pernah aku ketahui dan aku ambil tahu tentangnya. Namun aku punya rasa untuk ke sana pada suatu hari nanti.

Di Kolej Melayu, pada ketika itu ada dua aliran bahasa pilihan. Bahasa Arab dan Bahasa Jepun. Aku sudah tentu memilih kelas pilihan bahasa Jepun. Di situ aku mula bersua buat pertama kali seorang bangsa asing. Bangsa Jepun. Namanya Shoko Tachibori. Dalam masa yang sama aku mengenali seorang lagi guru Bahasa Jepun bernama Yoko Fujioka.

Dalam tahun 1988, ada guru-guru baru hadir. Sekolah lelaki seperti kami suka benar guru-guru wanita Jepun. Pada tahun itu seorang guru perempuan bernama Tomoko Yoshikawa dan guru lelaki bernama Yamamoto Takahiro, hadir. Aku agak rapat juga dengan Tomoko Sensei dan darinya aku mengenali Mayumi Itsuwa.  Pada tahun 1989, Tomoko sensei pulang ke Jepun. Darinya aku mendapat sebuat kaset Mayumi Itsuwa.

Kepulangan Tomoko sensei diganti dengan guru lelaki bernama Tsuyoshi Kondo. Dia sangat sempoi dan senang sekali jika mengajar. Ada beberapa guru lagi selepas itu yang aku kenali tetapi tidak rapat seperti Keiko sensei (Keiko Shimizu), Noriko Matsunaga Sensei dan Takahisa Kutsumoto Sensei. Apa pun aku mendapat kaset Seiko Matsuda daripada Keiko sensei sebelum dia berangkat pulang. Sebuah kaset kompilasi lagu-lagu Seiko Matsuda dari kaset berjudul Seiko Train. 

Hari ini, apabila menonton rancangan di Fuji Terebi (TV Fuji) sempena ulang tahun ke-50 stesyen tersebut ke udara, mereka menyiarkan lagu-lagu kenangan 50 tahun lalu. Ada lagu Seiko Matsuda. ああ~なつかしい(dibaca: Aaa..Natsukashi) yang lebih kurang maksudnya Aa..Kenangan lama..

Selepas bekerja dan 7 tahun selepas itu, aku ke sini, bumi sakura ini menyempurnakan pelajaran bahasa Jepun sekali lagi sebelum memasuki universiti. Kali ini di Asia Bunka Kaikan. Pusat pengajian kebudayaan dan asas kerjanya ialah pengajaran Bahasa Jepun. Di situ aku kenali juga guru-guru yang berdedekasi. Mungkin cuma aku yang kurang berdedikasi.🙂

Entri ini aku tujukan juga buat Machida Sensei, Kobayashi Manabu, Abe Asako dan Akimoto Ayumi. Terima kasih atas jasa kalian.

6 thoughts on “>Suatu Penghormatan Buat Guru Bahasa Jepun Ku

  1. >ramai nya cikgu kourayamashiiicikgu aku masa kecik ialah drama2 jepun ahaha yg di dub dlm bahasa melayu ngan mandarincuma belajar masa lagu opening ngan ending je ahahaha

  2. >maa… AAj no sensei nara… Watanabe sensei… Kubou sensei…Shibakura sensei… Arai sensei… Natsukashi biler tringat balik dolu2…

  3. >ororo: aku byk cikgu pun tak pandeai mcm ko..hehehnini: tak tau le cikgunya kat mana…nash: tachibori sensei ada kat mana skrg?yang: kita tak sampai AAj

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s